Aug 24, 2007

5 perkara istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa


Abu Hurairah (ra) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
"Umatku telah dikurniakandengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar(di dunia) dan akan mendatangimu.' Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. " Maka sahabat-sahabat Rasulullah (saw) pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah (saw): "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya.

" from daawah.com

Aug 13, 2007

Isytihar perang terhadap pertubuhan IFC

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang
menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat
kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz
yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa
cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat
bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan
tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM minta 15
perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan
Malaysia. Antaranya:

1)
Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia
tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak
boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"... Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab
dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen
pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama -
maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta
di"tiada"kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5)
Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang
Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7)
Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka,
masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau
takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di
atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang
tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10)
Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk
diedarkan di seluruh negara.
12)
Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ... lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah
Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata
kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...
Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong
pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang
Islam tu kata apa?... Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah
terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"... Datuk Harussani
balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap
open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah
hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam
mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
-
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada
raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang
Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan
lain-lain.

Dalamnya juga
banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya
semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya.
Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah,
sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m. s. 70. Cetakan
Beirut)

petikan dari nasihat2 pilihan


Powered by ScribeFire.

Aug 12, 2007

Misconceptions About Islam

 Misconception:

    Islam is `the religion of peace' because:

          o the Arabic word Islam is derived from the Arabic word "Al-Salaam" which means peace.

It might seem strange to think of this as a misconception, but in fact it is. The root word of Islam is "al-silm" which means "submission" or "surrender." It is understood to mean "submission to Allah." In spite of whatever noble intention has caused many a Muslim to claim that Islam is derived primarily from peace, this is not true. Allah says in the Qur'an (translated):

    [2:136] Say (O Muslims): We believe in Allah and that which is revealed to us and that which was revealed to Abraham, and Ishmael, and Isaac, and Jacob, and the tribes, and that which Moses and Jesus received, and that which the prophets received from their Lord. We make no distinction between any of them, and to Him we have surrendered. [Arabic "Muslimoon"]

A secondary root of Islam may be "Al-Salaam" (peace), however the text of the Qur'an makes it clear that Allah has clearly intended the focus of this way of life to be submission to Him. This entails submission to Him at all times, in times of peace, war, ease, or difficulty.

Powered by ScribeFire.

Jul 13, 2007

Siapalah aku tanpaMu?

Cherry blossom
Cherry blossom,
originally uploaded by saz2007.
Hari ini ada seorang prof hantar e-mail "Beautiful places". Memang cantik-cantik pemandangannya. Ada ciptaan manusia ada ciptaan Allah. Masyaallah, begitu cantik sekali. Ciptaan Allah terlalu unik, terlalu seni, terlalu indah. Keindahan yang menenangkan, keindahan yang menyegarkan, keindahan yang terpana memandangnya. Itulah keindahan dunia, dunia yang sementara begitu indah di jadikan Allah. Dunia yang keindahannya pastikan musnah. Tapi ianya dijadikan sebegitu indah dan menawan. Bagaimana agaknya keindahan ciptaan alam yang kekal abadi? Pasti tak tergambar keindahannya!
Jika dengan melihat saja gambar diatas, terasa hati ingin kesana, tapi mengapa kadangkala hati ini seperti kering dari mengharapkan untuk berada di taman indah yang kekal abadi? Ya Allah semoga kau jadikan segala amalan kami sebagai amalan yang dikira amal dan ibadat. Diri ini tidak ingin sekadar menikmatan keindahan sementara, sedangkan di taman indah yang kekal abadi, diri ini tidak dapat menikmati keindahannya! Siapalah aku tanpaMu?

Buat renungan diri ini yang sering terlupa:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah, dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya ." (Ali Imran:15)

"Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman syurga dalam keadaan bersuka ria." (Ar-Ruum:15)

"Ia itu di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya." (Ad-Dukhan:52)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. " (Az-Dzariyat:15 - 16)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya). Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.
(dan dikatakan kepada mereka): 'Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.' Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi Luas cantik matanya. Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini." (At-Thur: 17 – 22)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka." (Al-Qalam:34)

Jul 6, 2007

Catatan1

1. Allah swt berfirman, "Maka jika kamu membaca Al-Quran, mintalah perlindungan pada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk."An Nahl:98

Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dari Anas ra. dari Nabi saw.bahawa baginda bersabda,"Barangsiapa di waktu pagi mengucapkan, ' a'udzu billahis sami'il 'alimi... dia akan dibebaskan dari gangguan syaitan sehingga malam."

2. Hadith Ubai bin Ka'ab ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda "Demi Dzat yang jiwaku ada dalam genggaman tangan-Nya, tidaklah diturunkan dalam taurat, zabur, injil atau furqan yang sebanding dengan Al Fatihah.Sesungguhnya Al-Fatihah merupakan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung yang dianugerahi kepadaku." HR. Tarmidzi (hasan sahih)

Juga diriwayatkan oleh Abu Dawud dan yang lain2 dengan sanad dari Ubai bin Ka'ab dari Nabi saw. bahawa baginda bersabda,"Setiap perkara penting yang tidak diawali dengan "Bismillahirrahmanirrahim' maka perkara itu terputus. Ertinya perkara itu terputus dari rahmat Allah."