Showing posts with label My thought. Show all posts
Showing posts with label My thought. Show all posts

May 1, 2009

Permata hatiku



1st : Muhammad(12 tahun)
2nd : Zubair(11 tahun)
3rd : Muaz( 8 tahun)



    4th : Sofwan( 5 tahun)



5th : Yaasir (4 bulan)

Anak-anak

Anak-anak adalah anugerah yang paling berharga.  Setiap seorang mempunyai personaliti, perangai, sifat, kelakuan dan cara yang berbeza.  Walau siapapun mereka merekalah anak-anak yang menjadi racun maupun madu kepada ibubapa.  Sekarang ini ibubapa sibuk dengan tugasan diluar rumah mencari rezeki buat anak-anak mereka.  Masa akan terasa begitu pantas berlalu, lantas seperti tiba-tiba saja anak-anak kita telah membesar.  Terasa begitu banyak yang terlepas dari pandangan kita. Anak-anak membesar tanpa kita sedar bila kali pertama mereka tertawa, bila kali pertama mereka melangkah, bila kali pertama mereka berkata-kata. Begitu banyak yang kita terlepas rupanya!

Apr 13, 2009

Kenangan lalu

Baru-baru ini aku "mencari" kawanku di internet.  Berjumpa dengan beberapa orang, then most of them in facebook.  So, kenalah register jugak.  Alhamdulillah walaupun mengambil masa juga nak register facebook sebelum ni, tapi now, dah dapat contact semula kawan-kawan lama semasa di PPP dulu.  Tak terasa rupanya dah berbelas tahun masa tu berlalu.  Jika dulu innocent saja, tapi sekarang dah dewasa semuanya..  Dewasa dengan pengalaman, hikmah dan rahmatNya.  Ada yang masih serupa, ada yang dah berubah physically, mentally (bukan mentally ill la...!)

Terasa rindu untuk kembali mengulangi zaman-zaman di alam persekolahan dulu.  Tapi, ianya telah berlalu.  Dan sebagai muslim sepatutnya hari ini lebih baik dari hari semalam.  Ya, masa yang berlalu itu adalah zaman-zaman indah untuk dikenangkan, tapi sekarang adalah zaman yang terbaik untuk kehidupan.  Sebab tu dinamakan "kenangan" ianya hanyalah untuk dikenang, tapi tak mungkin sama walaupun kita mengulanginya semula. 

Buat teman-teman yang masih mengingati diri ini
"Kenangan lalu tersemat dihati
 walau kemana jua ku pergi
 Kenangan itu tetap mengekori
 Bukan untuk ku tangisi
 Tapi sebagai pedoman diri
 Semoga persahabatan tetap termateri
 Untuk kita kenangkan hingga akhir nanti
 Suatau zaman yang telah kita lewati
 Yang sentiasa terpahat dihati
 Bukan untuk diulangi
 Tapi hanay untuk dikenangi
 Semoga kehidupan kita hari ini
 Lebih baik dari 18 tahun yang telah pergi
 Bukan saja baik di kehidupan dunia ini
 Tapi jua diakhirat nanti
 

Apr 3, 2009

Pemimpin

Angkat sumpah sebagai pemimpim dibuat dengan menyembut nama allah.  Tapi pimpinan yang dibuat langsung tidak menunjukkan mereka takutkan allah! Walaupun yang bercakap itu adalah yang memegang potfolio agama!  Malang..malang..malang...

Di dalam surah as-saff ayat 3 allah telah memberi amaran
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan."

Hidup sebagai pemimpin bukanlah satu anugerah, tetapi adalah satu ujian.  Berbahagialah mereka yang lulus dengan ujian ini, malanglah mereka yang gagal!  Walaupun di dunia ini diuliti kemewahan, tapi ianya tidak dapat dibawa ke akhirat nanti. Berbahagialah pemimpin yang beriman dan bertaqwa. Sayang seribu kali sayang jika bahagia di dunia, muflis diakhirat!



Mar 27, 2009

Suami Nusyuz?

Alhamdulillah, kelmarin berkesempatan untuk mengikuti Wacana Wanita dan Keadilan Syariah di Pusat Islam.  Aku belajar sesuatu yang baru!  Selama ini yang selalu didengari adalah istilah "isteri nusyuz", telah terlalu banyak di ceritakan mengenai perihal isteri nusyuz kerana di dalam al quran sendiri telah "listkan" satu persatu apa yang perlu para suami buat jika isteri nusyuz.  Tapi perihal suami nusyuz tidak pernah ada yang "highlight".  Dalma kitab-kitab fiqh lama tidak ada lansung menyentuk mengenai suami nuzyuz.  Tetapi, Ustaz Alias Osman ada menyebut yang perbincangan mengenai suami nusyuz ada dibincangkan di dalam kitab-kitab tafsir lama.

Jadi, memang ada istilah suami nusyuz!  Di dalam al quran juga ada tertulis perihal suami nusyuz.  Dalilnya dalam surah an-nisa' ayat 128 yang bermaksud

128. Dan jika seorang perempuan bimbang akan  nusyuz, atau atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); .....

Ciri- ciri suami yang nusyuz.... to be continue




Mar 19, 2009

Nikmat yang terpinggir!

Di antara semua nikmat yang allah berikan kepada kita, seringkali agak mudah untuk kita berkata 'alhamdulillah' jika kita mendapat rezeki yang banyak, anak-anak yang berjaya, dana yang banyak dllg.  Tetapi ada satu nikmat yang seringkali kita lupa untuk mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga.  Nikmat tubuh badan.  Tidakkah seluruh tubuh kita adalah nikmat yang paling tidak ternilai yang allah kurniakan?  Tapi seringkali kita "take for granted".  Mata yang berkedip secara outomatic, tangan yang bertindak balas ketika terkena tekanan (panas, sejuk, kasar,sakit etc), paru-paru yang mengepam tanpa arahan atau suis yang perlu di on offkan, mulut terbuka ketika makanan hampir sampai, hidung yang menyedut dan menghembus udara, kaki yang melangkah, telinga yang tetap aktif walaupun kita sedang tidur, perut yang terus menghadam, usus yang terus berfungsi tanpa diarah.  Itu antara sebahagian nikmat yang telah allah berikan pada kita yang seringkali kita terlupa untuk sujud syukur dengan sebenarnya.

Bayangkanlah jika tiba-tiba jantung kita "decide" untuk berhenti mengepam! Apa yang akan terjadi.  Or tangan kita berhenti bertindak balas ketika kita meletakkan tangan kita diatas kuali panas!  or mata kita berhenti untuk melihat!! Alangkah sukarnya hidup kita jika setiap anggota badan kita memerlukan kita on off disana sini!! Tetapi tidak, allah telah menjadikan tubuh badan kita dengan seribu satu kesempurnaan dan keseimbangan.  Tiada lagi yang mampu untuk meniru ciptaan allah ini.  Tapi selalunya kita kurang menitik beratkan kurniaan allah ini.  Kita hanya akan merasa betapa besarnya nikmat itu setelah ianya hilang dari kita!  Sedangkan masa itu mungkin telah terlalu lambat untuk kita menikmati dengan sebenar-benarnya kurniaan allah ini.

Sebelum mata menjadi kabur, sebelum telinga menjadi tidak sensitif, sebelum jantung lemah, sebelum kaki tidak mampu melangkah, selagi tangan masih dapat digerakkan, gunakanlah ia dengan betul sebagai tanda kesyukuran kita kepada yang Esa.  Jangan kita biarkan anggota badan kita melakukan maksiat kepada allah.  Bersyukurlah kerana allah masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati nikmat tubuh.  Jangan dinanti sehinga allah menarik balik nikmat yang diberikan baru kita akan tahu betapa berharganya ia.  Walaupun hanya satu nikmat anggota yang diambil, tidak akan sermpurna hidup kita.

Mar 17, 2009

Cantik cukup?

"Kenapa tak nikah lagi?"
"Tak jumpa yang berkenan lagi"
"Nak yang macam mana?"
"Yang cantik"

Itulah sebahagian perbualan dengan kenalan yang masih  belum berumahtangga walaupun usia telah berganjak ke senja. Semua orang nak yang cantik.  Orang yang tergolong dalam golongan cantik mudah mendapat perhatian.  Tapi itu sajakah kriterianya?  Kriteria yang utama rasanya!! Tapi cantik rupa paras saja tidak cukup.  Berapa banyak yang cantik itu menjadi racun?  Mengapa ramai yang cantik dan lawa bercerai?  Pernah dengar "isteri macam tu punya cantik pun bercerai!!" tak pun "suami cam tu punya handsome pun cari orang lain!!"  Cakap-cakap yang penuh hairan!! Itulah maknanya cantik luaran tanpa cantik dalaman tidak akan membawa kebahagiaan.  Orang putih kata "don't judge a book by it's cover!".  Mentang-mentag covernya hard cover, penuh warna warni, dengan tulisan yang seni, maka isinya mesti bestnya! Best ke kalau penyampaiannya berbelit-belit, kecil-kecil tulisannya, novel dah macam buku academic!!

Begitulah juga manusia, jangan hanya dipandang kecantikan luaran, ianya tak kekal dan makin tak kekal jika dalamannya buruk.  Fitrah manusia itu bersih dan suci dan sukakan yang bersih dan suci.  Walaupun telah dirosakkan dengan kelemahan dan keburukan manusia sendiri, tapi fitrahnya tetap tidak berubah. Jadi sebab itu pada satu ketika kita akan rasa ingin kembali kepada fitrah kita, cuma ada  yang bertindak dan ada yang tidak bertindak.  Walaupun cantik luaran, tetapi jika dalaman tidak, lama-lama jiwa fitrah kita akan tetap memberontak.  Sebab itu jangan hanya dicari kecantikan luaran, periksa sama kecantikan dalamannya.  Bagi kita yang tidak mempunyai kecantikan luaran, ingatlah manusialah secantik-cantik makluk ciptaan allah.  Jangan dipandang mereka yang cantik luaran, tapi pandanglah mereka yang cantik dalaman.  Adalah sesuatu yang bonus jika cantik luaran dan cantik dalaman.  Selalunya yang cantik luaran dan cantik dalaman tidak mudah untuk diusung kesana kesini, dipegang sana sini, merosakkan orang sana dan sini.  Tidak, itu bukan ciri-ciri mereka yang cantik dalamanya.

Antara ciri-ciri mereka yang cantik dalamannya
 - menjaga aurat
 - menjaga solat
 - menpunyai akhlaq yang mulia
 - menjauhi maksiat
 - tidak mengikut nafsu
 - takutkan allah
 

Banyak lagi ciri-cirinya, tapi cukuplah yang ini.  Orang yang takutkan allah pastinya meyakini akan kewujudan allah dan balasan yang bakal diterima atas setiap tindakannya.  Bagaimana nak ikut perintah allah jika tidak meyakini kewujudan dan balasan allah?

Wahai lelaki, sedarlah tanggungjawabmu terlalu berat, sebab itulah Allah melebihkan lelaki di dalam Quran.  Kelebihan ini bukanlah untuk disalah gunakan.  Bagaimana penyelewangan tidak akan berlaku jika pelakunya sendiri tidak sedar dan meyakini akan betapa besarnya tanggungjawab yang terpikul di bahunya?? Tanggungjawab yang akan disoal satu persatu dihadapan hakim yang tidak dapat dibeli, tidak dapat dibohongi, tidak dapat diputar belitkan, dihadapan hakim  yang Maha Adil!

Wahau perempuan, Allah telah mengangkat darjatmu di dalam Islam, kenapa kau merendah-rendahkan darjatmu disisi manusia? Jangan mudah menerima pujukan syaitan dan nafsu. Fitrah sucimu tidak akan membuatkan dirimu tenang di dalam dosa dan noda!

Mar 15, 2009

Ibu yang berpenyakit!

Apabila ada anak-anak yang didera terutama jika yang mendera adalah ibu mereka sendiri.  Pasti tersiat-siat rasa hati yang hampir tidak percaya seorang perempuan bergelar ibu sanggup mendera anaknya sendiri!! Terasa terlalu sukar untuk dipercayai!  Jika dulu-dulu, jika bab dera dan siksa ni pasti dikaitkan dengan ibu tiri, itulah juga yang akan ditakut-takutkan oleh ibu kita "Haa..buatlah ibu macam tu, nanti ibu mati, dapat ibu tiri baru tau!!" Itu dulu-dulu, itulah gambaran seorang ibu tiri! Tapi sekarang yang mendera, ibu kandung.  Macam tak masuk akal!

Tapi dari segi logiknya seorang ibu tak mungkin tanpa apa-apa sebab akan mendera anak-anaknya.  Jika ada yang mendera pasti ada sebab musababnya.  Tapi biasanya yang akan dihukum hanyalah si ibu sedangkan penyebab ibu melakukan begitu tidak diambil peduli.

Ibu yang sanggup untuk mendera anaknya adalah ibu yang berpenyakit, mungkin penyakit, keturunan, mungkin penyakit jiwa, mungkin penyakit yang baru diperolehi apabila bergelar isteri. Jika tidak berpenyakit tak mungkin seorang ibu akan sanggup untuk mendera anaknya.  Lelaki yang bergelar suami banyak juga yang menjadi punca kenapa ibu dijangkiti penyakit!  Suami yang tidak bertanggungjawab, suami yang dayus, suami yang tidak berakhlak, suami2 beginilah yang selalunya menyebabkan para ibu sakit jiwa.  Suami yang hanya tahu berkahwin dan mempunyai anak tapi tidak tahu tanggungjawab yang menjadi hak isteri. Jiwa ibu yang lemah akan lebih memudahkan penyakit ini menyerang.  Bagaimana jiwa dapat dikuatkan?  Kembali kepada Allah dan mengadaulah kepada Allah.  Hanya dia yang mampu memberi kekuatan kepada para ibu.  

Ingatlah wahai para bapa, jika disebabkan kau isterimu menderita hingga membawa kepada penderaan kepada anak-anakmu, jika tidak dapat balasanmu di dunia ini, di akhirat nanti pasti, PASTI, tidak akan terlepas!  Bersabarla wahai para ibu yang menderita, kuatkan keimananmu dan pergantunganmu kepada Allah, hanya DIAlah yang mampu membahagiakanmu, jika tidak di dunia, yakinilah di akhirat nanti pasti bahagia tiba.

Mar 13, 2009

Stress

Sekarang masa berlalu begitu pantas dan tangkas sekali.  Hari ni dah Jumaat!! Terasa macam baru je melalui Jumaat minggu lepas!!  Cepat betul sedangkan macam-macam yang nak di buat setiap hari. Hari-hari kadang-kadang terasa berlalu begitu saja walaupun rasa dah buat macam-macam tapi sebenarnya tak banyak yang tercapai kerana tidak banyak yang dibuat!

2 hari ni anak kecilku ditimpa demam, selsema, batuk dan diarhea.  Semalam dia betul-betul meragam macam sakit tekak pula.  Bila bagi susu, minum sikit, dia mengangis. Mengantuk sangat dah tapi bila letak ditempat tidur, dia menangis.  Bila didukung tidurlah dia.  Last-last aku decide bawa dia turun ke ruang tamu dan tidurkan dia dalam crib cum buaian dia.  Dengan maknyalah tidur di runag tamu!  Tidur jaga, tidur jaga, naik pening aku di buatnya bila bangun pagi.  Tapi sejak ada anak kecil kali ni aku telah berjanji untuk tidak merasa stress dengan dugaan beranak kecil.  Ku cuba dan terus mencuba. Penatkan bila stress ni. Tenaga kita di drain out bile stress ni.

Bila stress badan kita akan merembeskan adrenalin. Adrenalin ni elok jika dalam kuantiti yang sedikit kerena dengan adrenalin nilah kita mampu untuk melawan jika di dalam bahaya.  Tetapi rembesan adrenalin yang berlebihan akan melemahkan badan kita.  Selagi mana tubuh kita berada didalam stree selama itulah adrenalin akan dikeluarkan. Semakin banyak ianya dirembeskan lebih lemah lah badan kita. Sebab itu kalau kita dalam stress kita akan lemah.  Jadi untuk tidak melemahkan badan, kita kena keluar dari stress.  Walaupun aku ada 1001 benda yang boleh buat aku stress tapi aku kena belajar untuk berkata "tidak" pada stress!!

Lakukan sesuatu hanya kerana Allah semata-mata.  Satu cara untuk berkata "tidak" kepada stress.

"Wireless communication"

Dalam kehidupan kita terutamanya sekarang ni, communication devices and networks are very important.  Without communication networks, our hp will be useless.  A lot of things will be useless.Yeah right!! the handphone is design  because we have ways to make use of it.  Bayangkan dunia sekarang tanpa communication system.  Sekarang ni semuanya wireless.  Disebabkan kecanggihan communication inilah dunia yang jauh ni terasa dekat saja.  Jika dulu kalau keluar negara contohnya US, kalau tak phone(yang mahal seminit tu), tulis surat lah (yang berminggu baru dapat!!).  Tapi sekarang, dok kat airport boleh bagitau, kat dalam kapal terbang boleh bagitau, tengah turun kapalterbang di destinasi pun boleh bagitau.  Kiranya setiap saat yang berlaku dalam hidup kita boleh diupdatekan dan diketahui oleh semua orang dalam beberapa saat saja! Begitulah pentingnya communication network dalam hidup kita. 

Selari dengan tu, kita masih ada communication problem or barrier dengan suami atau isteri!!?? Kenapa ya??  Suratkhabar bagi ulasan yang kes perceraian bukan berkurangan tapi meningkat setiap tahun!! Dan pakar motivasi pun akan kata "yang penting kena communicate with each other!"  Dengan segala kecanggihan yang ada kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan orang yang paling hampir dan paling penting dalam hidup kita!!  Mak ayah kita dulu tak perlu pun kursus "keluarga bahagia", bapa2 kita tak pandai pun nak menyatakan perasaannya walaupun dia teramat sayang pada mak kita, tapi mereka kekal juga sebagai suami isteri. Tapi sekarang dengan segala system communication yang ada kita masih ada masalah komunikasi!!

hmmm..... pelik!Mungkin kita mengharapkan "wireless communication" yang tiba2 saja ada dan network kita on.  ie, mengharapkan another half faham tanpa perlu kita keluarkan, wirelesslah katakan "one or more wireless network is detected"..cam tu kot!! ;-)

Begitulah complexnya manusiakan!

Mar 10, 2009

Kenangan mengusik jiwa

Cuti Maulidur rasul kali ni kami habiskan di kampung. Actually bukan kerana cuti tapi kerana ada kenduri sepupu, anak pak ngah yang sulung.  Begitu pantas masa berlalu, terlalu banyak yang terlepas. Selepas bekahwin dan bekerja aku terus berada diluar lebih lama dari berada di kampunt.  Teringat suatu waktu dahulu ketika menuntut di PPP, Shah Alam.  Bila ada yang bertanya "nak kerja di mana bila dah habis belajar?"  Dengan pantas aku akan jawab, "kat kampung laa... tak mau la kerja kat KL ni!!"  Tapi perancangan allah lain sekali.  Dengan orang disinilah aku bertemu jodoh dan disini jualah aku dapat kerja.

Berada di kampung kali ini lain benar rasanya.  Terasa amat rindu akan suasana kampung ketika aku masih bergelar kanak-kanak.  Suasana kampung yang nyaman dan tenteram.  Deruan kenderaan memanglah sekali-sekala saja dengar.  Aku rindukan bau di kampung selepas hujan.  Bagi yang pernah tinggal dikampung pasti tahu bagaimana baunya selepas waktu hujan.  Kesegaran yang sukar nak aku ceritakan!  Balik kampung kali ini aku teringat kuih-kuih lama yang masih ada di pasaran tapi tidak sama rasanya.  Kuih bahulu sekarang rasanya tak sama dengan yang tok aku buat dulu dengan dapur kayu dan api atas bawah.  Walaupun lama nak buat dengan cucu yang ramai, tok tetap buat juga.  Walaupun seharian tok mengadap dapur kayu dan hasil yang dapat disimpan hanyalah sedikit tapi tok tetap setia membakar kuih bahulu!  Mana banyak dapat disimpan sebab cucu ramai dan tinggal berdekatan dan tok pun bila nak buat apa-apa kuih habis semua kami diberitahu, mananya tak datang.  Sambil2 main, singgah makan bahulu yang masih panas!!  Nyummy..nyummy... Kuih "telinga keling" (peneram), pun tok suka buat, macam tu jugaklah, untuk beberapa pusingan talam kuih tok tak akan berisi!  Aku paling suka kuih karaih (tak tau bahasa bukunya) dan sarang tebuan pedas (kuih loyang).  Yang lain yang aku suka kuih halwa maskat, tapi yang tak berapa manis, kalau yang manis tak boleh jalan!  Kuih putu kacang, putu beras dah lama aku tak jumpa, aku tak cari kerana aku tak suka.  Kuih kapit, pulut kacau yang orang-orang sekarang buat dah tak sama macam yang dulu!! Rindu betul aku dengan kuih-kuih tradisional ni!  Haahh.. lagi satu kuih kegemaran aku, kuih bakar yang cair dalam mulut...waaa... tak jumpa dah sekarang ni!!

Pulang ke kampung kali ni juga tetiba saja aku merasa rindu suasana dalam rumah aku yang dulu.  Ketika arwah ayah aku masih ada.  Walaupun ayah tegas orangnya tapi ayahlah penyeri rumah dengan lawak tawa dan usikan ayah.  Saat paling aku tak lupa pada ayah setiap kali melihat buah durian.  Aku adalah geng ayah makan durian.  Kami memang hantu durian!!  Dari aku kecil sampai aku besar, cuma sekarang ni aku kurang dah makan durian, mungkin sebab buah durian ni buat aku rindu sangat kat ayah.  Kalau musim durian ayah akan beli sejaras kalau buah tu memang sedap.  Kami suka durian kampung. Masa tu durian tak la semahal macam sekarang! Ayah mesti akan beli durian banyak-banyak kalau aku ada sebab ayah tau kami berdua saja pun boleh habisnya.  Kalau aku tak ada ayah tak beli banyak sebab mak dan adik2 aku yang lain tak "hantu durian" macam aku ;-).

Pak ngah buat kenduri cara dulu-dulu, masak sendiri dengan adik2 beradik dan orang kampung.  Ramai2 mai buat bunga telur, siang2 bahan nak masak.  Kalau dulu2 majlis kawin ni akan start pengoperasiannya 2/3 hari sebelum majlis yang sebenarnya. Aku masih ingat lagi, dulu, 2 hari sebelum kenduri, balai akan didirikan.  Balainya dari kayu dan makan pun bersila ramai2.  So bila nak dirikan balai ramailah yang datang sebab nak angkut tiang2 balaik tu bukan senang, dan nak dirikan satu balai pun memerlukan ramai orang, sebab tu masa diri balai pun dah macam hari kenduri. Dah siap balai yang seronoknya kanak2 la sebab boleh main kejar2 atas balai dan boleh panjat balai!  Esoknya, mulalah orang-orang perempuan sibuk, rebus telur buat bunga telur, "kukuq nyok" pakai tangan, dah jadi macam pertandingan memarut kelapa!  Masing-masing nak tunjuk skill masing-masing terutamanya anak2 dara..hee...hee... Lepas parut kelapa, ada yang dibuat santan, ada yang dibuat kerisik.  Memang sibuklah hari ni, dari pagi hingga ke pagi esoknya kerana malam tu orang lelaki akan mula sembelih lembu/kerbau dan mulalah kerja2 potong memotong hingga ke pagi menyiapkan hidangan untuk esok.  Kenduri pagi dalam pukul 11 akan makan nasi putih, ikan kering, sambal dan ulam.  Aku tak ingat dah apa nama "makan pagi" ni.  Ada nama khasnya.  Kemudian tengahari akan makan nasi minyak. Tetamu boleh datang dari pagi sampai malam.  Tapi memenatkanlah buat kenduri macam dolu-dolu sebab lepas tu periuk belanga, pinggan mangkuk, dan segala-galanya kena sendiri kemas loo... Tapi disebalik kepenatan itu sebenarnya lebih banyak keseronokannya. 

Saudaraku

Ketika aku tidur lena                                        
Kau disana disiksa
Ketika aku bergelak tawa
Kau disana duka nestapa

Aku disini diuji
Kau disana jua diuji
Aku diuji dengan kesenangan diri
Kau diuji dengan kesengsaraan tersendiri

Walaupun begitu saudara
Kaulah yang paling berbahagia
Walaupun kau menderita
Kerana kaulah insan pilihanNya
Untuk diberikan kenikmatan syurga
Untuk diisytiharkan sebagai mujahid agama
Adakah anugerah yang paling mulia
Selain dari anugerahNya?

Sedangkan aku disini
Yang punya serba serbi
Yang tidur diulit mimpi
Belum tentu nasibku ini
Disana nanti
Jika tersadung langkah kaki ini
Kecundanglah kebahagiaan hakiki

Teruskan perjuangamu saudaraku
Doaku dan bantuanku yang termampu
Akan terus kuusahakan buatmu
Kerana kaulah saudaraku
Yang tak mampu kubantu
Dengan hadir bersamamu
Dibumi penuh barakah itu



Mar 5, 2009

Mari derma RM 30,000 kepada Israel

(dari akhi hamdy)

Bagaimana anda boleh dermakan RM30K pada Israel? Senang saja.

Merokoklah sepuas-puasnya! Perokok membelanjakan purata RM10 sehari, sebulan RM300, setahun RM3000. Sepuluh tahun RM30,000. Senangkan... Teruskanlah aktiviti merokok anda. Tahniah kerana terus menyumbang kepada pembelian peluru-peluru yang membunuh penduduk palestine. Orang-orang Israel tentu berbangga dengan anda kerana andalah penderma terhebat dan terus komited dengan pertualangan mereka.

Teruskanlah perasap mulut anda, ianya akan menjadi saksi di akhirat nanti atas kejayaan anda menjadi penderma terhebat kepada Israel.

Banggakah anda melihat gambar ini? Mungkin ini hasil sebahagian sumbangan anda!!!

Mar 4, 2009

Adilkah?

Bila disebut mengenail keadilan, yang terbayang adalah mestilah semuanya samarata.  kalau disana dapat 5, disini pun kena dapat 5, barulah adil namanya!! Apa maksud adil?  Adil bermaksud - meletakan sesuatu pada tempatnya.  Maksudnya?  Kalau salah letak tak adil la maknanya :-).  Kata upin dan ipin, betul..betul...betul...

Adil bukanlah bermaksud kita memberi sama rata kepada semua. Adil adalah apabila kita memberi dengan betul akan hak2 yang sepatutnya seseorang itu dapat.  Contoh yang paling senang.  Jika yang berpoligami, tidaklah dinamakan adil jika RM1000 diberikan kepada isteri yang ada sorang anak dan RM1000 juga diberikan pada isteri yang ada 5 anak.  Ya, samarata, tapi tidak adil namanya kerana keperluan isteri yang beranak 5 adalah lebih berbanding yang beranak 1.  Jadi selepas ini bila disebut adil bukalah bermaksud samarata. 

Jika suami menggunakan tangan dan kakinya untuk menampar dan menyepak isteri, itupun tak adil kerana tidak meletakkan seseuatu pada tempatnya!  Tangan dan kaki bukan dijadikan oleh allah untuk menyepak dan menampar isteri!!  Begitu juga para isteri, tangan dan kaki bukan untuk digunakan bagi menampar dan menendang suami.  Ada ka? (kawan bertanya).  Ada ka apa? Isteri buat suami bouncing bag?  Ada la apa pulak tak ada.  Hanya yang merasainya saja yang tahu.

Tanggungjawab suami AMAT berat, kalau masih ada yang tak tau.  Yang tak bertanggungjawab tu sebab tak tau atau sebab buat-buat tak tau? Kalau sebab tak tau, salah sendirilah, apasal tak nak belajar sebelum nak cakap "aku terima nikahnya....", kalau buat-buat tak tau tu, memang malanglah dunia dan akhirat. 

Tangggunjawab suami menyediakan makan minum dan keperluan keluarganya.  TANGGUNGJAWAB SUAMI, bukan isteri.  Kalau isteri turut menyumbang ianya dikira sedekah maka dapat pahala sedekah.  Menarik tu!! Kalau suami tidak bertanggungjawab maknanya dia telah berlaku zalim pada anak dan isterinya (zalim tu maksudnya tak adillah, betul?).  Orang yang zalim dalam satu hadis ada dikatakan, diakhirat nanti segala pahalanya akan diberikan kepada orang yang dizalimi jika masih tidak mencukupi segala dosa orang yang dizalimi akan diberikan kepada orang yang menzalimi.  Waaa.... ngeri..ngeri...
Oleh itu wahai para isteri, jika anda perlu menyumbang kepada anak dan suami anda niatlah ianya lillahitaala supaya pahala sedekah berguni-guni dapat dikaut.  Jika suami anda tidak bertanggungjawab, jika tidak dapat keadilan didunia ini, ingatlah diakhirat nanti PASTI ada keadilannya.  Tak susahkan para isteri nak masuk syurga, dah la setiap wang yang disumbangkan kepada keperluan anak2 dikira sedekah, dizalimi pula oleh suami yang tidak bertanggungjawab, dapat lagi pahala darinya, kalau tak cukup, dosa kita pula diberikan kepadanya!  Tapi bukanlah senang nak masuk syurga, solat, aurat, akhlaq, taubat kena juga buat. 

Sama-samalah kita meletakkan sesuatu ditempat.


Teruskan usaha boikot barangan2 israel dan sekutunya.  Jangan kita menzalimi saudara kita di Palestine dengan turut menyumbang kepada pembelian peluru-peluru yang akan membunuh saudara-saudara kita.

Mar 3, 2009

Suatu hari .....Kasih Berkasih

Sarah: "Apasal muncung saja ni?"
Hajar: "Balak aku ni haa...tak jadik jumpa lak petang ni! Kau apa tau, minah alim cam kau tu mana main balak2 ni kan..kan..
Sarah: (senyum penuh makna).
Hajar:"Aiii..lain macam senyum kau! Kau pun ada balak ke?"
Sarah: "Apasal ingat kau sorang je boleh ada boyfriend?"
Hajar: "Huiyo...biar betul! Minah dakwah cam kau pun pasang satu!" Sapakah mamat yang malang tu!!
Sarah:"haloo kawan, tolong sikit... Sapa yang malang? Kau ingat kat dalam islam tak leh bercinta ke?"
Hajar: "Boleh ke?"
Sarah:"Islamkan agama kasih sayang. Mana mungkin dia sekat perasaan untuk berkasih dan di kasihi"
Hajar: "Tapi kau ni aku tak pernah pun nampak pun kau keluar dating, calling-calling pun tak! Tak macam orang bercinta laa!!
Sarah: "Kenapa? kalau dinamakan bercinta tu kena keluar dating berdua-duaan ke? Kena selalu call? Islam mengajar kita cara-cara bercinta yang betul.
Hajar:"Macammana tu?"
Sarah:"Kita boleh berkenalan dengan orang yang kita sukai tu, tapi bukanlah dengan approach sendiri gitu. Kenalah ikut cara-cara yang di gariskan oleh islam. Procedurenya, 1) Berkenalan 2) Jawapan (decision) 3) Bertunang
Hajar:"Oii..tu bukan bercinta tu, tu bertunang tu!!" Aku bukan nak sampai tahap makam tu lagi!!"
Sarah:"Nantilah aku nak terang ni. Masa berkenalan kita cuba untuk kenal sidia dan tengok serasi atau tidak kita dengannya. Itu je yang dapat kita lakukan. Walaupun sepuluh tahun kita bercinta, tapi kalau setakat dating sana dating sini tak tentu kita dah kenal dia 100%. Kalau tak, mana mungkin ada 'bercinta sepuluh tahun, berkahwin sepuluh bulan!"
Sarah:"Kalau masa berkenalan tu nak dating boleh. Tapi kenalah dengan ditemani ibu kita ke, kakak kita ke, makcik kita ke, pakcik kita ke. Bukanlah gi berdua-duakan kat tempat2 sunyi tu!"
Hajar:"Perli ka"
Sarah:"Kau jangan terasa lak! Kau taukan allah ada berkata" Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat" (Al Israk : 32). Berdating berdua2an di tempat sunyi tu menghampiri zinalah tu namanya. Lagipun, keberkatan sesuatu perkahwinan bermula dari bagaimana kita menjaga pergaulan kita semasa waktu berkenalan lagi!
Hajar:"hoiiii...akukan dah kata aku bercinta ni tak terfikir lagi nak naik ke makam tu lagi!!"
Sarah: "Habis tu yang kau menjatuhkan maruah wanita dengan mengikut lelaki tu kenapa kalau akhirnya kau tak nak ikatkan dengan ikatan perkahwinan?" Seorang lelaki yang betul2 baik dia akan menjadi pelindung wanita, bukan perosak wanita!
Hajar:"Kami bukan buat apa2. Jumpa saja!"
Sarah:"Yelah mula-mula jumpa saja, lepas tu.. kau ingat syaitan tu berenti setakat tu saja ke? Selagi kita tak betul2 ikut telunjuk dia, kau ingat syaitan tu akan surrender?"
Sarah:"Hajar, dalam islam martabat wanita tu tinggi sekali. Kenapa kita nak rendah2kan martabat yang telah ditinggikan oleh allah dengan menggadai maruah kita! Didalam islam, setelah kita berkenalan, kita solat istikharah mohon petunjuk dari allah, lepas tu kalau dah rasa sesuai kita dah bertunang namanya. Setiap perkenalan itu kita harapkan akhirnya ke alam perkahwinan. Bukan sekadar suka2. Begitulah allah menjaga kita. Allah meletakkan kita ditempat yang tinggi, tiba2 kita merendah2kannya dengan melanggar segala batas hukum islam"
Hajar:"Tapi kalau kita tak ada boyfriend mana nak ada suami!"
Sarah:"Ish! kau ni tak faham2 lagi... kan aku cakap tadi dalam islam boleh bercinta, tapi kenalah ikut landasan2 yang telah digariskan oleh islam. Satulah aku nak ingatkan kau dan diri aku "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat". Ni bukan falsafah aku ya, ini adalah janji-janji allah. Janji siapa lagi yang benar selain dari janji allah.
Hajar:"aku akan fikirkan kata-kata kau ni..."

Oct 15, 2008

Perginya Seorang Pejuang

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku setiap hari. Tapi tak tertulis semuanya disini. Kadang-kadang ianya hanya berlegar2 diruangan fikiran tanpa mampu diterjemahkan di dalam bentuk tulisan. Sedangkan menulislah yang paling kuminati! Cuma selalunya seperti kehilangan kata-kata untuk diluahkan melalui penulisan. Walaupun setiap saat ada saja peristiwa yang berlaku yang mampu di ambil pengajarannya!

Hari ini telah kembali seorang pejuang yang tabah. Walaupun usianya telah lanjut tetapi masih gigih bersama-sama jamaah disetiap program yang dianjurkan. Sebagai orang yang lebih muda darinya, malu sendiri memikirkan akan kekuatan dan kekentalan semangatnya. Hari ini, 15 October 2008, bersamaan 15 Syawal 1429, Pak Amin telah kembali menemui PencipataNya. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga diterima segala amalannya di dunia ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarganya dalam mengharungi cabaran ini. Amin Ya rabbal alamin.

Saat kita bila pula? Telah bersediakah wahai diri?

Apr 21, 2008

Seorang insan yang ku panggil ayah

Ayah telah lama meninggalkan kami. Belum sempat ayah bermesra dengan cucu-cucunya ayah telah dipanggil kembali kepada penciptanya. Walau pedih, walau sedih, tapiku tahu itulah janji-janji Allah.
Ayah meninggal 10 tahun yang lalu, sama umur dengan anakku yang kedua. Ayah meninggal 2 minggu selepas adikku melahirkan anak sulungnya, dan 2 minggu sebelum aku melahirkan anak keduaku. Ketika itu aku di luar negara. Masih terngiang kata-kata mama, kata-kata yang agak lama untuk aku menerimanya! Kata mama "Ija, ayah dah tak dak!". Antara percaya dan tidak aku mendengarnya. Tak ada apa yang mampu aku lakukan kecuali mengucapkan Allahu Akbar... Allahu Akhbar.. Allahu Akbar.. Betapa kecilnya diri ini dan betapa besarnya Allah. Sedih.. tak mampu aku gambarkan. Kami baru saja menghantar surat pada ayah dan mama, menceritakan perancangan kami untuk membawa ayah dan mama ke US pada penghujung tahun 1998 itu. Tapi apakan daya "Wamakaru, wamakarullah, wallahu khairul makirin".
Kata-kata mama terngiang-ngiang ditelingaku buat beberapa lama. Bertambah sedih lagi apabila ayah tidak sempat berjumpa dengan anak-anakku. Hanya sempat melihat gambar anak sulungku.
Ayah adalah penyeri rumah kami, walaupun ayah garang orangnya tapi garang ayah bertempat. Garang ayah bersebab. Ayah bukan baran, tapi tegas. Di sebalik ketegasan, ayah sebenarnya kelakar orangnya. Memori-memori indah bersama-sama ayah tercinta akan terus terpahat dihati ini. Masa tidak lama untuk kami bersama-sama ayah di dunia ini, semoga kami akan dapat bersama semula di akhirat nanti. Amin Ya Rabbalalamin.


Jul 13, 2007

Siapalah aku tanpaMu?

Cherry blossom
Cherry blossom,
originally uploaded by saz2007.
Hari ini ada seorang prof hantar e-mail "Beautiful places". Memang cantik-cantik pemandangannya. Ada ciptaan manusia ada ciptaan Allah. Masyaallah, begitu cantik sekali. Ciptaan Allah terlalu unik, terlalu seni, terlalu indah. Keindahan yang menenangkan, keindahan yang menyegarkan, keindahan yang terpana memandangnya. Itulah keindahan dunia, dunia yang sementara begitu indah di jadikan Allah. Dunia yang keindahannya pastikan musnah. Tapi ianya dijadikan sebegitu indah dan menawan. Bagaimana agaknya keindahan ciptaan alam yang kekal abadi? Pasti tak tergambar keindahannya!
Jika dengan melihat saja gambar diatas, terasa hati ingin kesana, tapi mengapa kadangkala hati ini seperti kering dari mengharapkan untuk berada di taman indah yang kekal abadi? Ya Allah semoga kau jadikan segala amalan kami sebagai amalan yang dikira amal dan ibadat. Diri ini tidak ingin sekadar menikmatan keindahan sementara, sedangkan di taman indah yang kekal abadi, diri ini tidak dapat menikmati keindahannya! Siapalah aku tanpaMu?

Buat renungan diri ini yang sering terlupa:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah, dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya ." (Ali Imran:15)

"Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman syurga dalam keadaan bersuka ria." (Ar-Ruum:15)

"Ia itu di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya." (Ad-Dukhan:52)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. " (Az-Dzariyat:15 - 16)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya). Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.
(dan dikatakan kepada mereka): 'Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.' Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi Luas cantik matanya. Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini." (At-Thur: 17 – 22)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka." (Al-Qalam:34)

May 5, 2007

Lain dari yg lain!

(Sangkut lagi nak update hmmmmmm)



Petang Khamis yang baru berlalu, dapat call dari sorang kakak, k.ehsan,

K.Ehsan : "nak datang rumah k.ehsan, makan-makan?" 

Me  :"Makan-makan untuk apa?"

K.Ehsan: "Saja..akak buat jamuan, tapi pompuan saja, datanglah kul 12 - 2pm"

Me :  "Lambat sikit, sebab ada meeting"



Klik!



Jadi kelmarin lepas meeting, saya pergilah rumah K.Ehsan.  Dah lambat sampai, dekat 1.30 rasanya baru sampai.  Oh! majlis harilahir rupanya... majlis jubli emas kata k.ehsan.  Lain dari yang lain, tak ada kek harilahir tapi ada tazkirah, tak ada lagu "happy birthday to you" tapi ada muhasabah diri (utk k.ehsan).  Inilah pertama kali bersama-sama dalam majlis hari lahir yang lain dari yang lain (hmm...tak pernah pun attend any birthday celebration yang penuh candle etc.  rugi?? naaaaa...... alhamdulillah coz I don't have to attend :-) Pernah terbaca kenapa al kafirun meniup lilin semasa hari lahir, sebab pertama kali mereka buat dulu tu adalah sebagai lambang untuk memadamkan api islam yang mula merebak! Jadi bila ditiup mereka mengumpamakan mereka telah memadamkan api islam.  So, to those yang selalu tiup2 lilin tu...be carefull!)



Mana dah melalut ya... oh ya..majlis hari lahir k.Ehsan.  Berada bersama-sama kakak yang kebanyakannya lebih berumur dari diri ini.  Terus menginsafkan diri yang penuh kekurangan ini.  Kakak-kakak ini masih terus aktif dalam menjalankan dakwah, terus bersama-sama menganjurkan program dari untuk yang dewasa hinggalah ke anak-anak!  Mereka tetap di jalan dakwah yang terus menyemarak di jiwa mereka.  Ramai diluar sana yang dulunya aktif tapi kini menyepi seribu bahasa.  Tapi insan-insan yang ku kenali ini tetap terus dalam perjuangan.  Hanya doa yang dapat kupohonan agar langkah mereka akan terus tersusun di arena dakwah ini hingga akhir hayat mereka, dan semoga diri ini akan dapat mengikut jejak mereka hingga akhir hayatku, ameen.



Pagi tadi semasa membersihkan kawasan belakang rumah kami (luar kawasan kami actually, tanah yang ada sikit kat blakang sebab lepas dari tanah tu ada tembok kubur), my hubby bagitau yang mengikut ramalan yang terbaru dengan pemanasan global skarang ini, by 2025 akan berlaku kiamat!  Jika pemasanan global ini masih terus berlalu seperti yang di"tilik" maka by 2025 tak akan ada lagi hidupan yang boleh hidup di dunia ini! Hutan hujan tropika akan menjadi gurun.  Sekarang pun teriknya panas terlalu membahang rasanya.  Pukul 9 pun dah teriknya panas.  Are we ready? Ready for what?  Hmmm..."setiap saat sepatutnya kau bersedia untuk melakukan penghijrahan, penghijrahan kadang kala datang tanpa ketukan terlebih dahulu, penghijrahan dari alam dunia ke alam kubur"  Am I ready?  Takut.... amat takut ... kerana diri ini masih terlalu sikit amalannya! Malangnya nanti jika disana ditimbang-timbang sekelumit saja amalan yang ada... oh..malang...amat malang... Ya allah, semoga kau memberkati dan menerima akan amalan yang ku lakukan setiap hari sebagai amal ibadahku.  Jika telah tiba masa untukku mengadapmu ya Rabbi, semoga pergiku di dalam iman, amal dan taqwa.  Janganlah kau biarkan pengakiran hidupku dalam keadaan sia-sia.  Doaku jua buat semua keluarga dan sahabatku, semoga kami semua akan mengadapku dalam iman, amal dan taqwa" Amin Ya Rabbalalamin.



Semoga K.Ehsan akan terus istiqamah di atas jalan dakwah ini. Itulah doaku kelmarin dan hari ini dan selamanya.  Doa buat semua...





Powered by ScribeFire.

Apr 18, 2007

Jenama tersohor di dunia

Guchi, Rolex, Mercedez... jenama yang tak semua orang mampu memilikinya. Bagi yang memilikinya pasti yang terlintas difikiran kita, "loadednya dia...". Apa ada pada nama? Macam-macam ada pada nama.  Jika nama-nama yang disebut diatas pasti ianya dikaitkan dengan kualiti.  Kerana kualiti jenama diatas mahal harganya.  Jika memilikinya pasti akan timbul rasa puas dan bangga kerana ia lambang status yang bukan calang-calang!  Begitu besar sekali penangan jenama, walaupun fungsi sesuatu barang itu sama saja samada yang mahal atau yang murah! Satu jenama yang tersohor, pemiliknya jua akan dilihat sebagai insan tersohor!

Tapi ada satu jenama yang amat tersohor,tidak semua pemiliknya yang merasa tersohor kerana memilikinya!  Ada yang meresa "low standard" kalau dikaitkan dengannya. Sedangkan brandnya memang tersohor dari dulu, kini dan selamanya. Apa dia? Itulah Islam. Itulah brand yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi berapa kerat sangat yang merasai bangga yang teramat sangat untuk berkata "I'm a muslim".

Wanita... apabila disebut wanita.. yang terbayang, kecantikan, kelembutan, keayuan,ketenangan bla...bla..blaa... tanyalah pemuja wanita pasti lebih berjela-jela panjangnya. Menjadi wanita itu saja sudah cukup istimewa, apatah lagi menjadi WANITA MUSLIMAH.  Tidak ada agama di dunia ini yang memuliakan wanita sebagaimana Islam memuliakan wanita.  Tapi kebanyakan kaum wanita sekarang ini tidak merasa bangga menjadi wanita muslim.

Sebuah kereta mercedez tidak akan dikatakan merce jika, badannya badan proton tapi enjinnya merce!  Sebuah jam tidak akan menjadi jam Rolex kalaupun ianya menggunakan barang rolex tapi paiwaian sebagai jam rolex tidak tercapai.  Begitu juga kita, para wanita islam, mana mungkin kita boleh mengaku "saya seorang wanita islam", jika semua orang boleh melihat rambut kita yang cantik itu berterbangan ditiup angin ketika di Taman Tasik Titiwangsa.  Mana mungkin kita boleh mengaku "saya wanita islam" jika setiap orang boleh melihat setiap inci dan lurah yang ada pada diri kita!.  Bolehkah kita kata "luar tak penting yang penting dalam (hati)" Kita pun tidak mahu mengaku kereta proton yang diletakkan enjin merce sebagai merce! Tapi kita yang tidak menampakkan ciri-ciri wanita muslimah, marah pula kalau orang tanya "awak ni betul ke islam?"

Ciri-ciri asas pakaian wanita islam

1) tidak ketat

2) tidak jarang

3) perlu menutupi seluruh aurat

4) tudung perlu melepasi paras dada



Allah berfirman, bermaksud, "...dan wanita jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak diperhiasan itu."  (An Nur : 31)



Kita juga diingatkan supaya tidak cenderung untuk menginguti jejak dan budaya agama lain. Sabda Nabi saw, bermaksud "Kamu telah megikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.  Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biasak, kamu tetap mengikuti mereka." Kami bertanya "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan Nasrani?" Baginda bersabda: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (HR Bukhari dan Muslim)



Di dalam Islam telah digariskan piawaian oleh Allah.  Untuk menjadi insan yang cemerlang perlulah kita melepasi piawaian Allah ini. Jika telah digariskan didalam islam (oleh ALLAH) pakaian wanita muslim begini dan begitu, bolehkah kita berkata "itu hak individu samada nak pakai atau tak pakaian menutup aurat!"



Allah berfirman dalam surah Ali Imran: 110 yang bermaksud "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. kamu menyuruh kepada makruf , mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah".



Itulah wanita TERBAIK dan TERCANTIK - Wanita Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah.



Sama-sama kita rebranding diri kita agar kita menjadi 'umat yang terbaik'.



Semoga dengan itu melayakkan kita untuk mendapat syafaat dari Nabi saw dihari tidak ada manusia yang dapat membantu kita melainkan syafaat dari Nabi tercinta.









Powered by ScribeFire.