Di antara semua nikmat yang allah berikan kepada kita, seringkali agak mudah untuk kita berkata 'alhamdulillah' jika kita mendapat rezeki yang banyak, anak-anak yang berjaya, dana yang banyak dllg. Tetapi ada satu nikmat yang seringkali kita lupa untuk mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga. Nikmat tubuh badan. Tidakkah seluruh tubuh kita adalah nikmat yang paling tidak ternilai yang allah kurniakan? Tapi seringkali kita "take for granted". Mata yang berkedip secara outomatic, tangan yang bertindak balas ketika terkena tekanan (panas, sejuk, kasar,sakit etc), paru-paru yang mengepam tanpa arahan atau suis yang perlu di on offkan, mulut terbuka ketika makanan hampir sampai, hidung yang menyedut dan menghembus udara, kaki yang melangkah, telinga yang tetap aktif walaupun kita sedang tidur, perut yang terus menghadam, usus yang terus berfungsi tanpa diarah. Itu antara sebahagian nikmat yang telah allah berikan pada kita yang seringkali kita terlupa untuk sujud syukur dengan sebenarnya.
Bayangkanlah jika tiba-tiba jantung kita "decide" untuk berhenti mengepam! Apa yang akan terjadi. Or tangan kita berhenti bertindak balas ketika kita meletakkan tangan kita diatas kuali panas! or mata kita berhenti untuk melihat!! Alangkah sukarnya hidup kita jika setiap anggota badan kita memerlukan kita on off disana sini!! Tetapi tidak, allah telah menjadikan tubuh badan kita dengan seribu satu kesempurnaan dan keseimbangan. Tiada lagi yang mampu untuk meniru ciptaan allah ini. Tapi selalunya kita kurang menitik beratkan kurniaan allah ini. Kita hanya akan merasa betapa besarnya nikmat itu setelah ianya hilang dari kita! Sedangkan masa itu mungkin telah terlalu lambat untuk kita menikmati dengan sebenar-benarnya kurniaan allah ini.
Sebelum mata menjadi kabur, sebelum telinga menjadi tidak sensitif, sebelum jantung lemah, sebelum kaki tidak mampu melangkah, selagi tangan masih dapat digerakkan, gunakanlah ia dengan betul sebagai tanda kesyukuran kita kepada yang Esa. Jangan kita biarkan anggota badan kita melakukan maksiat kepada allah. Bersyukurlah kerana allah masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati nikmat tubuh. Jangan dinanti sehinga allah menarik balik nikmat yang diberikan baru kita akan tahu betapa berharganya ia. Walaupun hanya satu nikmat anggota yang diambil, tidak akan sermpurna hidup kita.

No comments:
Post a Comment