Mar 10, 2009

Saudaraku

Ketika aku tidur lena                                        
Kau disana disiksa
Ketika aku bergelak tawa
Kau disana duka nestapa

Aku disini diuji
Kau disana jua diuji
Aku diuji dengan kesenangan diri
Kau diuji dengan kesengsaraan tersendiri

Walaupun begitu saudara
Kaulah yang paling berbahagia
Walaupun kau menderita
Kerana kaulah insan pilihanNya
Untuk diberikan kenikmatan syurga
Untuk diisytiharkan sebagai mujahid agama
Adakah anugerah yang paling mulia
Selain dari anugerahNya?

Sedangkan aku disini
Yang punya serba serbi
Yang tidur diulit mimpi
Belum tentu nasibku ini
Disana nanti
Jika tersadung langkah kaki ini
Kecundanglah kebahagiaan hakiki

Teruskan perjuangamu saudaraku
Doaku dan bantuanku yang termampu
Akan terus kuusahakan buatmu
Kerana kaulah saudaraku
Yang tak mampu kubantu
Dengan hadir bersamamu
Dibumi penuh barakah itu



No comments: