Mar 27, 2009

Suami Nusyuz?

Alhamdulillah, kelmarin berkesempatan untuk mengikuti Wacana Wanita dan Keadilan Syariah di Pusat Islam.  Aku belajar sesuatu yang baru!  Selama ini yang selalu didengari adalah istilah "isteri nusyuz", telah terlalu banyak di ceritakan mengenai perihal isteri nusyuz kerana di dalam al quran sendiri telah "listkan" satu persatu apa yang perlu para suami buat jika isteri nusyuz.  Tapi perihal suami nusyuz tidak pernah ada yang "highlight".  Dalma kitab-kitab fiqh lama tidak ada lansung menyentuk mengenai suami nuzyuz.  Tetapi, Ustaz Alias Osman ada menyebut yang perbincangan mengenai suami nusyuz ada dibincangkan di dalam kitab-kitab tafsir lama.

Jadi, memang ada istilah suami nusyuz!  Di dalam al quran juga ada tertulis perihal suami nusyuz.  Dalilnya dalam surah an-nisa' ayat 128 yang bermaksud

128. Dan jika seorang perempuan bimbang akan  nusyuz, atau atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); .....

Ciri- ciri suami yang nusyuz.... to be continue




2 comments:

Bawang Goreng said...

Ala... mana sambungannya?

Anonymous said...

Saya telah mendirikan rumahtangga selama hampir 40 tahun.walaupun banyak dugaan saya relakan demi anak anak,dgn harapan sisa sisa usia dpt di manafaatkan bersama ,sedih nya suami mengabaikan saya,leka dgn isteri-isterinya.apa yg saya dpt maki hamun atau muka garang mencuka.leka dgn handphone,bila nasihat ttg ugama kata nya saya ustazah.