Sarah: "Apasal muncung saja ni?"
Hajar: "Balak aku ni haa...tak jadik jumpa lak petang ni! Kau apa tau, minah alim cam kau tu mana main balak2 ni kan..kan..
Sarah: (senyum penuh makna).
Hajar:"Aiii..lain macam senyum kau! Kau pun ada balak ke?"
Sarah: "Apasal ingat kau sorang je boleh ada boyfriend?"
Hajar: "Huiyo...biar betul! Minah dakwah cam kau pun pasang satu!" Sapakah mamat yang malang tu!!
Sarah:"haloo kawan, tolong sikit... Sapa yang malang? Kau ingat kat dalam islam tak leh bercinta ke?"
Hajar: "Boleh ke?"
Sarah:"Islamkan agama kasih sayang. Mana mungkin dia sekat perasaan untuk berkasih dan di kasihi"
Hajar: "Tapi kau ni aku tak pernah pun nampak pun kau keluar dating, calling-calling pun tak! Tak macam orang bercinta laa!!
Sarah: "Kenapa? kalau dinamakan bercinta tu kena keluar dating berdua-duaan ke? Kena selalu call? Islam mengajar kita cara-cara bercinta yang betul.
Hajar:"Macammana tu?"
Sarah:"Kita boleh berkenalan dengan orang yang kita sukai tu, tapi bukanlah dengan approach sendiri gitu. Kenalah ikut cara-cara yang di gariskan oleh islam. Procedurenya, 1) Berkenalan 2) Jawapan (decision) 3) Bertunang
Hajar:"Oii..tu bukan bercinta tu, tu bertunang tu!!" Aku bukan nak sampai tahap makam tu lagi!!"
Sarah:"Nantilah aku nak terang ni. Masa berkenalan kita cuba untuk kenal sidia dan tengok serasi atau tidak kita dengannya. Itu je yang dapat kita lakukan. Walaupun sepuluh tahun kita bercinta, tapi kalau setakat dating sana dating sini tak tentu kita dah kenal dia 100%. Kalau tak, mana mungkin ada 'bercinta sepuluh tahun, berkahwin sepuluh bulan!"
Sarah:"Kalau masa berkenalan tu nak dating boleh. Tapi kenalah dengan ditemani ibu kita ke, kakak kita ke, makcik kita ke, pakcik kita ke. Bukanlah gi berdua-duakan kat tempat2 sunyi tu!"
Hajar:"Perli ka"
Sarah:"Kau jangan terasa lak! Kau taukan allah ada berkata" Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat" (Al Israk : 32). Berdating berdua2an di tempat sunyi tu menghampiri zinalah tu namanya. Lagipun, keberkatan sesuatu perkahwinan bermula dari bagaimana kita menjaga pergaulan kita semasa waktu berkenalan lagi!
Hajar:"hoiiii...akukan dah kata aku bercinta ni tak terfikir lagi nak naik ke makam tu lagi!!"
Sarah: "Habis tu yang kau menjatuhkan maruah wanita dengan mengikut lelaki tu kenapa kalau akhirnya kau tak nak ikatkan dengan ikatan perkahwinan?" Seorang lelaki yang betul2 baik dia akan menjadi pelindung wanita, bukan perosak wanita!
Hajar:"Kami bukan buat apa2. Jumpa saja!"
Sarah:"Yelah mula-mula jumpa saja, lepas tu.. kau ingat syaitan tu berenti setakat tu saja ke? Selagi kita tak betul2 ikut telunjuk dia, kau ingat syaitan tu akan surrender?"
Sarah:"Hajar, dalam islam martabat wanita tu tinggi sekali. Kenapa kita nak rendah2kan martabat yang telah ditinggikan oleh allah dengan menggadai maruah kita! Didalam islam, setelah kita berkenalan, kita solat istikharah mohon petunjuk dari allah, lepas tu kalau dah rasa sesuai kita dah bertunang namanya. Setiap perkenalan itu kita harapkan akhirnya ke alam perkahwinan. Bukan sekadar suka2. Begitulah allah menjaga kita. Allah meletakkan kita ditempat yang tinggi, tiba2 kita merendah2kannya dengan melanggar segala batas hukum islam"
Hajar:"Tapi kalau kita tak ada boyfriend mana nak ada suami!"
Sarah:"Ish! kau ni tak faham2 lagi... kan aku cakap tadi dalam islam boleh bercinta, tapi kenalah ikut landasan2 yang telah digariskan oleh islam. Satulah aku nak ingatkan kau dan diri aku "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat". Ni bukan falsafah aku ya, ini adalah janji-janji allah. Janji siapa lagi yang benar selain dari janji allah.
Hajar:"aku akan fikirkan kata-kata kau ni..."
Mar 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment