Mar 4, 2009

Adilkah?

Bila disebut mengenail keadilan, yang terbayang adalah mestilah semuanya samarata.  kalau disana dapat 5, disini pun kena dapat 5, barulah adil namanya!! Apa maksud adil?  Adil bermaksud - meletakan sesuatu pada tempatnya.  Maksudnya?  Kalau salah letak tak adil la maknanya :-).  Kata upin dan ipin, betul..betul...betul...

Adil bukanlah bermaksud kita memberi sama rata kepada semua. Adil adalah apabila kita memberi dengan betul akan hak2 yang sepatutnya seseorang itu dapat.  Contoh yang paling senang.  Jika yang berpoligami, tidaklah dinamakan adil jika RM1000 diberikan kepada isteri yang ada sorang anak dan RM1000 juga diberikan pada isteri yang ada 5 anak.  Ya, samarata, tapi tidak adil namanya kerana keperluan isteri yang beranak 5 adalah lebih berbanding yang beranak 1.  Jadi selepas ini bila disebut adil bukalah bermaksud samarata. 

Jika suami menggunakan tangan dan kakinya untuk menampar dan menyepak isteri, itupun tak adil kerana tidak meletakkan seseuatu pada tempatnya!  Tangan dan kaki bukan dijadikan oleh allah untuk menyepak dan menampar isteri!!  Begitu juga para isteri, tangan dan kaki bukan untuk digunakan bagi menampar dan menendang suami.  Ada ka? (kawan bertanya).  Ada ka apa? Isteri buat suami bouncing bag?  Ada la apa pulak tak ada.  Hanya yang merasainya saja yang tahu.

Tanggungjawab suami AMAT berat, kalau masih ada yang tak tau.  Yang tak bertanggungjawab tu sebab tak tau atau sebab buat-buat tak tau? Kalau sebab tak tau, salah sendirilah, apasal tak nak belajar sebelum nak cakap "aku terima nikahnya....", kalau buat-buat tak tau tu, memang malanglah dunia dan akhirat. 

Tangggunjawab suami menyediakan makan minum dan keperluan keluarganya.  TANGGUNGJAWAB SUAMI, bukan isteri.  Kalau isteri turut menyumbang ianya dikira sedekah maka dapat pahala sedekah.  Menarik tu!! Kalau suami tidak bertanggungjawab maknanya dia telah berlaku zalim pada anak dan isterinya (zalim tu maksudnya tak adillah, betul?).  Orang yang zalim dalam satu hadis ada dikatakan, diakhirat nanti segala pahalanya akan diberikan kepada orang yang dizalimi jika masih tidak mencukupi segala dosa orang yang dizalimi akan diberikan kepada orang yang menzalimi.  Waaa.... ngeri..ngeri...
Oleh itu wahai para isteri, jika anda perlu menyumbang kepada anak dan suami anda niatlah ianya lillahitaala supaya pahala sedekah berguni-guni dapat dikaut.  Jika suami anda tidak bertanggungjawab, jika tidak dapat keadilan didunia ini, ingatlah diakhirat nanti PASTI ada keadilannya.  Tak susahkan para isteri nak masuk syurga, dah la setiap wang yang disumbangkan kepada keperluan anak2 dikira sedekah, dizalimi pula oleh suami yang tidak bertanggungjawab, dapat lagi pahala darinya, kalau tak cukup, dosa kita pula diberikan kepadanya!  Tapi bukanlah senang nak masuk syurga, solat, aurat, akhlaq, taubat kena juga buat. 

Sama-samalah kita meletakkan sesuatu ditempat.


Teruskan usaha boikot barangan2 israel dan sekutunya.  Jangan kita menzalimi saudara kita di Palestine dengan turut menyumbang kepada pembelian peluru-peluru yang akan membunuh saudara-saudara kita.

No comments: