Feb 23, 2007

Secebis perkongsian

Penyampai : Ustaz Hj Mohammad Nasib Zawawi(Firtrah Perkasa Sdn Berhad)

Setiap rukun islam itu ada tujuannya

1) Syahadah : pengulangan misi hidup kita

2) Solat : untuk mengingati dan berhubung dengan Allah

3) Zakat : untuk bersihkan harta dan diri

5) Haji : untuk manusia menyaksikan manfaat darinya. Contohnya,
kenapa kita perlu memakai pakaian ihram yang putih, kenapa ada perkara
yang diharamkan sedangkan perkara2 itu halal diluar tanah haram,
mengapa kaabah itu letaknya di tempat yang paling rendah etc.

4) Puasa : untuk ketaqwaan

DOSA

Untuk mencapai tahap ketaqwaan maka kita perlu tahu tentang dosa.

1) Dosa adalah racun

racun - membunuh fizikal

dosa - membunuh hati

Ada 2 jenis racun – a) Racun yang apabila terminum kita akan mati dengan serta merta

b) Racun yang apabila terminum akan mengambil masa, mungkin bulan, mungkin tahun untuk memberi kesan kepada kita.

Begitujuga dengan dosa, ada dosa yang Allah matikan hatinya dengan serta merta spt dosa zina, dan ada dosa yang mengikit amalan kita sedikit demi sedikit.

Apabila kita terminum racun, pastinya dgn segera tindakbalas kita untuk mencari
penawarnya, tidak akan tertangguh2 lagi, tapi apabila kita melakukan dosa adakalanya
kita akan menangguh untuk bertaubat. Sedangkan dosa itu adalah racun!

2) Dosa adalah kotor. Orang yang membuat dosa adalah pengotor. Apabila dia pengotor jika diberi amanah, tugasan dia tidak akan menjalankannya dengan sempurna.

Sesetengah ulama’ berkata : Dosa adalah

- titik2 hitam di hati

- calar2 pada hati

- selaput di hati

Di dunia ini, penyumbang kepada dosa besar yang banyak adalah dosa kecil.

Dosa kecil akan menjadi dosa besar apabila

1) Dgn siapa kita buat dosa itu

2) Kekal-kekalkan dosa kecil itu

3) Remeh2kan dosa kecil itu

4) Jika kita adalah pemimpim/ulama’ (menjadi ikutan)

Ada satu dosa yang apabila kita lakukan, seluruh anggota kita dikatakan berdosa
iaitu dosa kerana derhaka kepada ibubapa

Kesan orang yang derhaka kepada ibubapa

1) Kerjanya serba tak jadi

2) Penyeksaan sewaktu nak meninggal dunia

3) Anak2 akan buat baik kepada kita sebagaimana kita buat baik kepada ibubapa kita

Ustaz menceritakan satu kisah benar yang terjadi pada tahun 1982. Ada seorang pemuda, lulusan luar negara. Selepas berumah tangga, mengajak ibunya tinggal bersama2 dengannya. Mulanya”Ibu dah duduk dengan saya ibu tolonglah apa yang patut, beginilah ibu
tolonglah masakkan untuk saya dan hidangkan atas meja. Saya balik tengahari saya makan masakan ibu sajalah.” Tak berapa lama kemudian ”Ibu, saya bagikan ibu RM700 sebulan, dari saya bagi pd pembantu rumah baik saya bagikan pada ibu, dan tugas ibu masih samalah, masak dan hidangkan atas meja untuk saya makan.”

Setelah beberapa lama berlalu, maka begitulah rutinnya setiap hari, tengahari balik untuk makan makanan yang telah terhidang diatas meja oleh ibunya. Pada suatu hari, bila si pemuda ini balik kerumah untuk makan tengahari, buka pintu masuk rumah, ”eh!! tak ada makanan!!”. Dia pun kebilik ibunya, rupa2nya ibuya demam. Kata ibunya”maaflah nak, mak dah masak tadi tapi tak larat mak nak hidangkan atas meja, boleh nak ambil sendiri?” Kata anaknya ”Eh! ibu ni... masak larat, tak kan hidang tak larat. Bangunlah hidangkan makanan untuk saya, saya penat ni....”

Maka bangunlah si ibu dalam keadaan terketar-ketar. Ketika siibu lalu di depan si anak, dengan sengajanya si anak mengangkat kakinya dan menguis kaki si ibu. Jatuhlah siibu dan kepalanya terhantuk kepenjuru pintu, pengsan. Si anak panik, tanpa ada rasa belas kasihan pada si ibu terus meluru keluar rumah dan memecut kereta. Jiran yang terdengar ketergesaan si anak meninjau apa yang berlaku. Ketika si jiran mendapatkan si ibu, terdengarlah kata-kata ”Maafkan mak nak, mak dah masak tapi mak tak larat nak hindangkan.” ”Maafkan mak nak, mak dah masak tapi mak tak larat nak hindangkan.” Itulah kata2 yang berulang2 kali keluar dari mulut siibu. Dari peristiwa itu si ibu meninggal dunia dan jenazahnya diuruskan oleh jiran-jiran tanpa kehadiran si anak dan menantu.

Sebulan selepas kejadian, pihak kariah masjid ditempat tersebut menerima panggilan dari hospital universiti minta di tuntut satu mayat. Dalam kebingungan mereka tetap pergi ke hospital universiti. Apabila sampai disana, mereka dapati mayat tersebut adalah mayat si pemuda. Rupa2nya pada hari kejadian, sipemuda terlibat dalam kemalangan. Kereta pemuda itu terbabas dan terlanggar pokok besar di depan UIA PJ. Koma selama sebulan. Apabila pihak masjid mengambil mayat si pemuda itu, kelihatan terlalu uzur mayat itu. Nanah keluar dari pusat, hidung, mata, telinga. Makin disapu makin banyak keluarnya. Maka Imam kawasan tersebut menyuruh di segerakan menanam mayat tersebut. Ketika mandi makin banyak nanah yang keluar. Imam menyuruh dibuatkan keranda yang dilapik dengan plastik dan zink dan di tutup serapat2nya. Sembahyang jenazah dilakukan oleh imam dan seorang ma’mum sambil seorang menjirus nanah yang terus-terusan mengalir. Mayat telah tenggelam di dalam nanah.!

Dipendekkan cerita. Jenazah tadi di tanam dengan keranda sekali, kerena tidak ada siapa pun sanggup untuk mengangkat jenazah tersebut.


powered by performancing firefox

1 comment:

KP said...

...and God will ask, "Why did you waste your time on the fake allah when I was the one that gave you life?"