Jun 18, 2007

Siapakah kita??

Petikan "Koleksi Nasihat Terpilih"



Siapakah orang yang
sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi
tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul
Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.



Siapakah
orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah
orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2
kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.



Siapakah
orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah
orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak
akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang
dengan kemaksiatannya.



Siapakah
orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran itu.



Siapakah orang yang
bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.



Siapakah
orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca
dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil
pelajaran daripadanya.



Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran
yang baik namun tidak diendahkannya.



Siapakah
orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman a. s.




Siapakah
orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis
adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah
orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata
mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.



Siapakah
orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.




Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari
kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi



Siapakah
orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya
berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.




Siapakah
orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah
orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.



Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya
adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.



Siapakah
orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak
sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan
seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan
kedua ketika ia tidak siuman akalnya.



Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.



Siapakah
orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda
yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.




Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah
orang yang mempunyai akhlak yang baik.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah
orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di
dunia untuk menghindari siksa neraka.



Powered by ScribeFire.

No comments: