Dah lama betul tak menjenguk blog sendiri. Sibuk betul ya? Sebenarnya sesibuk mana pun kita mesti ada masa yang telah kita abaikan, pasti ada masa yang telah kita buangkan begitu saja. Sebagai manusia, kita punya seribu seratus alasan yang mampu kita berikan. Dengan masa yang semakin memecut meninggalkan kita setiap hari kita sepatutnya lebih bijak untuk menguruskannya!! (kata kat diri sendiri).
Dari hari ke hari kita semakin dekat. Semalam yang berlalu bermakna sehari kita makin dekat dengan kematian. Semakin hampir masa kita untuk pergi meniggalkan dunia yang sementara ini ketempat yang lebih abadi. Telah bersediakah wahai diri?
Kedatangan kita nanti akan disambut dengan mawar merah atau dengan api yang merah! Adakah kita mempunyai pilihan? Ya! setiap dari diri kita diberi pilihan. Tapi pilihan itu hendaklah ditentukan apakah dia sejak dari kehidupan kita didunia lagi. Di sana nanti, bukan masa untuk memilih, tetapi masa untuk dihitung apakah dapat kita miliki pilihan kita itu!
Sementara masih punya waktu, marilah sama-sama kita buat pilihan yang tepat. Pilihlah syurga atau pun neraka. Hidup kita tak lama, hanya 3 nafas sahaja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment