May 21, 2007

Perlunya berhenti sebentar - thomakninah





Daripada Systemic Thinking site 

Memang hidup ini penuh dengan peluang samada untuk berbuat baik atau
jahat. Malah dalam melaksanakan tugas dakwah seharian, ramai yang sibuk
dengan kerja harian sehinggakan tidak sempat melayan kucing yang
mengiau, membelai daun sambil merasakan nikmat kurniaan Allah apatah
lagi bercakap dan berkomunikasi sesama ahli keluarga dan manusia. Namun
benarkah hidup ini perlu sesibuk itu? Benarkah hidup Nabi dan sahabat
pada zaman dahulu sesibuk itu sehingga tidak sempat bermesra dengan
jiran tetangga dan sahabat handai? Apakah rahsia yang mereka ini sibuk
tetapi 'tidak tension' dengan kesibukan yang melanda? Adakah sibuk kita
sekarang ini valid dan memang bukti amal yang akan diserahkan kepada
Allah Rabbul Jaleel?

Jangan kita lekehkan peluang memerhati seekor semut, kerana ia melambangkan kebesaran Allah.Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras merasai kebesaran Allah dalam kesibukan kerja dan aktivisme

Jangan kita lekehkan memerhati pokok yang menghijau

Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras - apa kaitan hijau dengan air dan Allah?

Jangan kita lekehkan merenung cahaya bulan dan matahari di tepi laut yang membadai.Kadang-kadang
yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras - tidak terpaku dan
terpukau dengan kebesaran Tuhan di ufuk langit

Pesanan untuk diri dan mereka yang melaksanakan kebaikan: dekatilah alam. Nature Intelligence. Kerana nature bukan tercipta sendiri. Ada Penciptanya. Bila kenal Pencipta setiap masa, hati akan menjadi lembut dan lunak.





Powered by ScribeFire.

May 11, 2007

ABC vs KFC

Keris Silau

7 May 2007



Before the children learn ABC

They have learned to spell KFC

From the fast food industry

One of the factors of child obesity

And the rise of diabesity

Diabetes that started very early

And lack of physical games in school and kindy

More virtual games in playstation and PC

Fingers exercise is the only activity

That explains the rise in obesity

Together with foods that low in quality

From nasi lemak to mee curry

Roti canai and chiken tandoori

Nasi kandar that are full of gravy

Mc Donald’s Big Mac and McFlurry

Chocolate bars and those sweet candy

Instance noodles such as Maggi and Mamee

Don’t be fooled on ad by Mawi

He is only interested in good money

Those foods hardening children’s artery

At the younger age even before puberty

Children should eat more veggie

Fruits that is rich in Vitamin C

Carbo that provides the energy

Half-boil eggs can be taken daily

Essential fats to be brainy

Sharper mind and stable personality

No need to drink air jampi

Or Kismis endorsed by Ustaz Ismail Dictionary

No need to take that to increase memory

Just take more soy protein and Vitamin B

Please don’t take child’s diet lightly

Child’s diet is part of the family

Children must grow to be healthy

Not so much on how to make them wealthy

Don’t push them to study, study, study

Allow them to play intermittently

Don’t worry, be happy!







Powered by ScribeFire.

May 5, 2007

Lain dari yg lain!

(Sangkut lagi nak update hmmmmmm)



Petang Khamis yang baru berlalu, dapat call dari sorang kakak, k.ehsan,

K.Ehsan : "nak datang rumah k.ehsan, makan-makan?" 

Me  :"Makan-makan untuk apa?"

K.Ehsan: "Saja..akak buat jamuan, tapi pompuan saja, datanglah kul 12 - 2pm"

Me :  "Lambat sikit, sebab ada meeting"



Klik!



Jadi kelmarin lepas meeting, saya pergilah rumah K.Ehsan.  Dah lambat sampai, dekat 1.30 rasanya baru sampai.  Oh! majlis harilahir rupanya... majlis jubli emas kata k.ehsan.  Lain dari yang lain, tak ada kek harilahir tapi ada tazkirah, tak ada lagu "happy birthday to you" tapi ada muhasabah diri (utk k.ehsan).  Inilah pertama kali bersama-sama dalam majlis hari lahir yang lain dari yang lain (hmm...tak pernah pun attend any birthday celebration yang penuh candle etc.  rugi?? naaaaa...... alhamdulillah coz I don't have to attend :-) Pernah terbaca kenapa al kafirun meniup lilin semasa hari lahir, sebab pertama kali mereka buat dulu tu adalah sebagai lambang untuk memadamkan api islam yang mula merebak! Jadi bila ditiup mereka mengumpamakan mereka telah memadamkan api islam.  So, to those yang selalu tiup2 lilin tu...be carefull!)



Mana dah melalut ya... oh ya..majlis hari lahir k.Ehsan.  Berada bersama-sama kakak yang kebanyakannya lebih berumur dari diri ini.  Terus menginsafkan diri yang penuh kekurangan ini.  Kakak-kakak ini masih terus aktif dalam menjalankan dakwah, terus bersama-sama menganjurkan program dari untuk yang dewasa hinggalah ke anak-anak!  Mereka tetap di jalan dakwah yang terus menyemarak di jiwa mereka.  Ramai diluar sana yang dulunya aktif tapi kini menyepi seribu bahasa.  Tapi insan-insan yang ku kenali ini tetap terus dalam perjuangan.  Hanya doa yang dapat kupohonan agar langkah mereka akan terus tersusun di arena dakwah ini hingga akhir hayat mereka, dan semoga diri ini akan dapat mengikut jejak mereka hingga akhir hayatku, ameen.



Pagi tadi semasa membersihkan kawasan belakang rumah kami (luar kawasan kami actually, tanah yang ada sikit kat blakang sebab lepas dari tanah tu ada tembok kubur), my hubby bagitau yang mengikut ramalan yang terbaru dengan pemanasan global skarang ini, by 2025 akan berlaku kiamat!  Jika pemasanan global ini masih terus berlalu seperti yang di"tilik" maka by 2025 tak akan ada lagi hidupan yang boleh hidup di dunia ini! Hutan hujan tropika akan menjadi gurun.  Sekarang pun teriknya panas terlalu membahang rasanya.  Pukul 9 pun dah teriknya panas.  Are we ready? Ready for what?  Hmmm..."setiap saat sepatutnya kau bersedia untuk melakukan penghijrahan, penghijrahan kadang kala datang tanpa ketukan terlebih dahulu, penghijrahan dari alam dunia ke alam kubur"  Am I ready?  Takut.... amat takut ... kerana diri ini masih terlalu sikit amalannya! Malangnya nanti jika disana ditimbang-timbang sekelumit saja amalan yang ada... oh..malang...amat malang... Ya allah, semoga kau memberkati dan menerima akan amalan yang ku lakukan setiap hari sebagai amal ibadahku.  Jika telah tiba masa untukku mengadapmu ya Rabbi, semoga pergiku di dalam iman, amal dan taqwa.  Janganlah kau biarkan pengakiran hidupku dalam keadaan sia-sia.  Doaku jua buat semua keluarga dan sahabatku, semoga kami semua akan mengadapku dalam iman, amal dan taqwa" Amin Ya Rabbalalamin.



Semoga K.Ehsan akan terus istiqamah di atas jalan dakwah ini. Itulah doaku kelmarin dan hari ini dan selamanya.  Doa buat semua...





Powered by ScribeFire.

Apr 18, 2007

Jenama tersohor di dunia

Guchi, Rolex, Mercedez... jenama yang tak semua orang mampu memilikinya. Bagi yang memilikinya pasti yang terlintas difikiran kita, "loadednya dia...". Apa ada pada nama? Macam-macam ada pada nama.  Jika nama-nama yang disebut diatas pasti ianya dikaitkan dengan kualiti.  Kerana kualiti jenama diatas mahal harganya.  Jika memilikinya pasti akan timbul rasa puas dan bangga kerana ia lambang status yang bukan calang-calang!  Begitu besar sekali penangan jenama, walaupun fungsi sesuatu barang itu sama saja samada yang mahal atau yang murah! Satu jenama yang tersohor, pemiliknya jua akan dilihat sebagai insan tersohor!

Tapi ada satu jenama yang amat tersohor,tidak semua pemiliknya yang merasa tersohor kerana memilikinya!  Ada yang meresa "low standard" kalau dikaitkan dengannya. Sedangkan brandnya memang tersohor dari dulu, kini dan selamanya. Apa dia? Itulah Islam. Itulah brand yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi berapa kerat sangat yang merasai bangga yang teramat sangat untuk berkata "I'm a muslim".

Wanita... apabila disebut wanita.. yang terbayang, kecantikan, kelembutan, keayuan,ketenangan bla...bla..blaa... tanyalah pemuja wanita pasti lebih berjela-jela panjangnya. Menjadi wanita itu saja sudah cukup istimewa, apatah lagi menjadi WANITA MUSLIMAH.  Tidak ada agama di dunia ini yang memuliakan wanita sebagaimana Islam memuliakan wanita.  Tapi kebanyakan kaum wanita sekarang ini tidak merasa bangga menjadi wanita muslim.

Sebuah kereta mercedez tidak akan dikatakan merce jika, badannya badan proton tapi enjinnya merce!  Sebuah jam tidak akan menjadi jam Rolex kalaupun ianya menggunakan barang rolex tapi paiwaian sebagai jam rolex tidak tercapai.  Begitu juga kita, para wanita islam, mana mungkin kita boleh mengaku "saya seorang wanita islam", jika semua orang boleh melihat rambut kita yang cantik itu berterbangan ditiup angin ketika di Taman Tasik Titiwangsa.  Mana mungkin kita boleh mengaku "saya wanita islam" jika setiap orang boleh melihat setiap inci dan lurah yang ada pada diri kita!.  Bolehkah kita kata "luar tak penting yang penting dalam (hati)" Kita pun tidak mahu mengaku kereta proton yang diletakkan enjin merce sebagai merce! Tapi kita yang tidak menampakkan ciri-ciri wanita muslimah, marah pula kalau orang tanya "awak ni betul ke islam?"

Ciri-ciri asas pakaian wanita islam

1) tidak ketat

2) tidak jarang

3) perlu menutupi seluruh aurat

4) tudung perlu melepasi paras dada



Allah berfirman, bermaksud, "...dan wanita jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak diperhiasan itu."  (An Nur : 31)



Kita juga diingatkan supaya tidak cenderung untuk menginguti jejak dan budaya agama lain. Sabda Nabi saw, bermaksud "Kamu telah megikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.  Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biasak, kamu tetap mengikuti mereka." Kami bertanya "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan Nasrani?" Baginda bersabda: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (HR Bukhari dan Muslim)



Di dalam Islam telah digariskan piawaian oleh Allah.  Untuk menjadi insan yang cemerlang perlulah kita melepasi piawaian Allah ini. Jika telah digariskan didalam islam (oleh ALLAH) pakaian wanita muslim begini dan begitu, bolehkah kita berkata "itu hak individu samada nak pakai atau tak pakaian menutup aurat!"



Allah berfirman dalam surah Ali Imran: 110 yang bermaksud "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. kamu menyuruh kepada makruf , mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah".



Itulah wanita TERBAIK dan TERCANTIK - Wanita Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah.



Sama-sama kita rebranding diri kita agar kita menjadi 'umat yang terbaik'.



Semoga dengan itu melayakkan kita untuk mendapat syafaat dari Nabi saw dihari tidak ada manusia yang dapat membantu kita melainkan syafaat dari Nabi tercinta.









Powered by ScribeFire.

Apr 17, 2007

Masa oh masa...

Masa begitu cepat berlalu sekarang ini.  Terasa semacam baru semalam Isnin. Hari ni dah Isnin semula! Apatah lagi jika masa cuti pun ada saja progam yang perlu di hadiri.  Umpama tak ada masa cuti langsung. Penuh saja hari-hari dalam seminggu. Sekarang ini 24 jam tu cuma sebentar saja! Baru je sampai ofis dan ngadap komputer, tup..tup.. dah pukul 11.00pg!!Kerja masih banyak yang nak dibuat, tau-tau dah pukul 5ptg! Salah masakah atau salah tadbir orang yang telah diberi masa ini? Mestinya jawapan kedua yang betul! Tapi yang selalu di persalahkan "masa cepat sangat...."

Di sebabkan kekangan masalah tak dapat nak menulis lagi di blog ni.  Rindu nak menulis tapi tak dapat nak menulis selain dari yang sepatutnya ditulis..hmm... apa tu ya??  Cita-cita nak jadi penulis masih lagi tinggal cita-cita.  Bila baca tulisan saudara yagn lain rasa "ish... itu je pun boleh jadi buku? kalau macam tu aku pun boleh tulis" Tapi... masih lagilah tak menulis-menulis sampai sekarang ni...tulis buku laaa.. tulis macam tulisan ni adalah..

Apa pun yang kita lakukan, biarlah 24 jam yang kita lalui itu diterima sebagai ibadah, supaya tidak sia-sia saja kehidupan kita sehari itu.  Setiap hari kita kena ingat mati.  Sesuatu yang tak siapa pun tahu bila akan datang kepada kita!  Kekadang rasa "cemburu" dengan yang tahu dia sakit dan mempunyai masa sekian-sekian, kerana sekurang-kurangnya dia boleh "prepare" untuk masa kematiannya. Tapi kita yang sihat walafiat ni, seringkali terlupa yang malaikat maut tu sentiasa saja melawati kita...Kata kawan, biarlah kita sibuk dengan segala aktiviti jamaah kerana kita tak tau bilakah malaikat maut akan menjemput kita.  Semoga kita dijemput tatkala kita sedang berjihad di jalan Allah bukan ketika kita sedang bersuka ria tanpa mengingati Allah. Sebab itu pentingnya untuk kita "meniat"kan seluruh hari kita itu lillahitaala semoga seharian kita sentiasa di dalam ibadah. Macammana nak niat tu?  Kata ustazah Sofi amalkan bacaan al mathurat setiap pagi, semoga ianya menjadi manifesto kita bahawa kehidupan kita sehari itu hanya untuk mencari redha Allah.

Sabda Nabi saw :

"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana.  Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat."





Powered by ScribeFire.