Masa begitu cepat berlalu sekarang ini. Terasa semacam baru semalam Isnin. Hari ni dah Isnin semula! Apatah lagi jika masa cuti pun ada saja progam yang perlu di hadiri. Umpama tak ada masa cuti langsung. Penuh saja hari-hari dalam seminggu. Sekarang ini 24 jam tu cuma sebentar saja! Baru je sampai ofis dan ngadap komputer, tup..tup.. dah pukul 11.00pg!!Kerja masih banyak yang nak dibuat, tau-tau dah pukul 5ptg! Salah masakah atau salah tadbir orang yang telah diberi masa ini? Mestinya jawapan kedua yang betul! Tapi yang selalu di persalahkan "masa cepat sangat...."
Di sebabkan kekangan masalah tak dapat nak menulis lagi di blog ni. Rindu nak menulis tapi tak dapat nak menulis selain dari yang sepatutnya ditulis..hmm... apa tu ya?? Cita-cita nak jadi penulis masih lagi tinggal cita-cita. Bila baca tulisan saudara yagn lain rasa "ish... itu je pun boleh jadi buku? kalau macam tu aku pun boleh tulis" Tapi... masih lagilah tak menulis-menulis sampai sekarang ni...tulis buku laaa.. tulis macam tulisan ni adalah..
Apa pun yang kita lakukan, biarlah 24 jam yang kita lalui itu diterima sebagai ibadah, supaya tidak sia-sia saja kehidupan kita sehari itu. Setiap hari kita kena ingat mati. Sesuatu yang tak siapa pun tahu bila akan datang kepada kita! Kekadang rasa "cemburu" dengan yang tahu dia sakit dan mempunyai masa sekian-sekian, kerana sekurang-kurangnya dia boleh "prepare" untuk masa kematiannya. Tapi kita yang sihat walafiat ni, seringkali terlupa yang malaikat maut tu sentiasa saja melawati kita...Kata kawan, biarlah kita sibuk dengan segala aktiviti jamaah kerana kita tak tau bilakah malaikat maut akan menjemput kita. Semoga kita dijemput tatkala kita sedang berjihad di jalan Allah bukan ketika kita sedang bersuka ria tanpa mengingati Allah. Sebab itu pentingnya untuk kita "meniat"kan seluruh hari kita itu lillahitaala semoga seharian kita sentiasa di dalam ibadah. Macammana nak niat tu? Kata ustazah Sofi amalkan bacaan al mathurat setiap pagi, semoga ianya menjadi manifesto kita bahawa kehidupan kita sehari itu hanya untuk mencari redha Allah.
Sabda Nabi saw :
"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat."

Powered by ScribeFire.
No comments:
Post a Comment