Mar 28, 2007

Friday Talk : Ustaz Ibrahim Mohd Raja

Ustaz membawa bab bencana kita untuk memikirkan mengenai bencana alam yang banyak berlaku sekarang ini adalah akibat dari perbuatan manusia/kita sendiri. Sebagaimana firman Allah dalma surah

As-Syura ayat 30 yang bermaksud

 “Dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

Allah yang bersifat arrahman an arrahim sentiasa menanti hambaNya bertaubat tetapi manusia sentiasa/senang berada di dalam dosa dan kemungkaran. Allah berfirman di dalam surah Al Qasas ayat 59  yang bermaksud

“Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul Yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim”



Ustaz menyambung dengan menyatakan mengenai tiga bentuk kekufuran

1) Kufur/syirik kpd allah

2) Melakukan dosa secara berterusan apatah lagi dosa besar

Sabda nabi saw"Tidak zahir dalam satu kaum dan memakan riba kecuali mereka menghalalkan hukuman Allah keatas mereka”

3) Kufur nikmat



Allah berfirman dalam surah Al-Qasas ayat 58  yang bermaksud

“Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri Yang penduduknya telah

berlaku sombong dan tidak bersyukur Dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). maka itulah Dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak

didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan Sesungguhnya Kamilah Yang mewarisi mereka.”




Jika kita melihat suasana di Malaysia, dapat kita lihat nikmat yang melimpah ruah. Jika semua nikmat inji menjurus kepada ketaatan, alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya yang berlaku, nauzubillah.



Di dalam membicarakan mengenai nikmat ada 3 jenis nikmat dr Allah

1) nikmatul jazad - nikmat balasan dari perlakuan baik ie main dapat nikmat makin dekat dgn Allah

2) nikmatul bala'  -nikmat utk menguji dari Allah iaitu allah menurunkan bala atau ujian untuk menguji hambanya akan kufur atau terus taat dan mengakui akan kekuasaan Allah.

3) nikmat istidraj - nikmat menipu daya ie dapat nikmat atas maksiat yang dilakukan (makin jahat makin bnyk nikmat yang diperolehi).



Sabda nabi saw "Sekiranya kamu melihat nikmat pada seseorang hamba sedangkan dia melakukan maksiat maka ianya adalah nikmat istidraj"

Dan firman Allah dalam surah Al Anam ayat 44  yang bermaksud

“Kemudian apabila mereka melupakan apa Yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu Segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat Yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana Yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).”




Sesuatu yang ustaz hendak kita fikir-fikirkan

1) Sabda nabi saw riwayat Abu nuaim "Akan ada kaum dari umat ini mereka tidur dalam keadaan kenyang, dalam keadaan lagha, keesokannya mereka diubah menjadi kera dan khinzir" - diubah dari segi kelakuan. Kenapa  Allah menggunakan perumpamaan khinzir dan monyet? Kerana

-khinzir  ianya binatang yang tidak berperasaan

- monyet-ianya binatang yang suka bersuka ria



2) Riwayat Termidzi dan Ibnu Majah, Nabi saw bersabda"Jangan kamu mengadakan jual beli penyanyi dan jgn kamu mengajar nyanyian. Tidak ada kebaikan pada perniagaan itu, maka hasil pendapatan dari nyanyian haram" kerana nyanyian ini turun ayat dalam surah luqman ayat 6 yang bermaksud

“Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.”



Di riwayatkan oleh Attabrani, sabda nabi saw (lebih kurang maksudnya) "Diakhir zaman akan banyak berlaku bencana di bumi, kerusakan, perubahan manusia (perubahan perangai -rupa manusia, perangai binatang!). Lalu sahabat bertanya "Bilakah terjadinya suasana itu? Nabi saw jawab (1) bila muzik banyak dimainkan (2) bila ramainya penyanyi (3) bila arak dihalalkan.



Al Qasas 60. "Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) Yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; Dalam pada itu, apa jua Yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang Yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan

lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"




Saz : Kawan ada berkata ketika kami  bersama-sama adik-adik, katanya “ kita sering menyebut kita mempunyai 2 pilihan, samada untuk ke syurga atau ke neraka. Tetapi jika kita fikirkan dengan iman kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan seperti itu.  Yang kita ada hanyalah untuk menuju ke syurga Allah.  Neraka dijadikan dengan penuh siksaan yang teramat sangat, penderitaan yang tak tergambar bukan kerana Allah itu kejam tetapi untuk kita usahakan untuk dijauhi. Kerana itu, neraka itu bukanlah satu pilihan.  Dan tidak sepatutnya menjadi pilihan pun kerana Allah jadikan dia bukanlah untuk didiami oleh manusia! Allah jadikan nereka hanyalah untuk memotivasikan kita agar berusaha lebih untuk memasuki syurga,  Tapi manusia yang fitrahnya mudah lupa, terkinja-kinja nak masuk ke neraka!



Powered by ScribeFire.

No comments: