Oct 10, 2007

Hanyalah pinjaman

Bila kita memiliki sesuatu ataupun semuanya, kadang-kadang kita "take for granted" kata omputih. Kita merasakan itu milik kita, hak mutlak kita! Tapi kita selalu terlupa segala-galanya di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada apa yang boleh kita katakan "ni aku punya, tu kau punya". Ya, kita boleh letakkan label "yours" or "mine". Tapi, itu hanyalah label ciptaan kita. Setiap yang dipinjam pasti akan diambil kembali. Ianya akan membuatkan kita merasa kerdilnya diri ini. Betapa kita tidak punya apa-apa tanpa keizinan Allah.

Jika sekadar orang tersayang pergi untuk beberapa hari, kita merasa risau. Risau kalau-kalau (nauzubillah) jika terjadi sesuatu (walaupun kalau itu kerjanya syaitan). Macam-macam benda akan berlegar-legar di kotak fikiran kita, berbagai-bagai bayangan yang akan timbul. Tapi itulah saja yang mampu kita lakukan! Tiada apa yang dapat kita buat jika ditakdirkan setakat ini saja pertemuan kita! Bagaimana kita nak halang dari sesuatu itu dari berlaku? Tak mungkin dapat kita buat apa-apa jika Allah berkata"jadi" maka jadilah! Walaupun cuba kita bentengi dengan seribu satu benteng terkuat di dunia, tidak ada apa yang dapat menghalang dari sesuatu itu berlaku!.Begitulah lemahnya kita tanpaNYA. Itupun kita adakalanya masih terlupa asal-usul kejadian kita dibumi ini. Masih terus mengejar dunia, masih bongkak dengan kedudukan, masih tersirna dengan kekayaan, masih terpana dengan kecantikan palsu!

Itulah kita yang bernama manusia.... selalu terlupa.

"Ya Allah, diakhir Ramadhan ini ku mohon padaMu, Ya Allah, tetapkanlah keimanan ini di dalam diri dan hati yang menjadi milikMu. Janganlah kau bolak balikkan hati ini, tetapkanlah ia dalam keimanan dan ketakwaan sehingga ke akhir usiaku. Ampunkanlah diri ini ya Allah...ampunkan atas segala dosa dan noda yang telah aku lakukan. Hanya Kaulah sebenar-benar pengampun. Ampunkan diri ini ya Allah jika tidak cukup syukurku padaMu atas segala nikmat yang Engkau berikan. Ampunkan ya Allah, ampunkan, kerana Kau Maha Pengampun. Semoga masih ada lagi Ramadhan buat diri ini, Amin Ya rabbal alamin."


Powered by ScribeFire.