Mar 1, 2007

Mencari Cinta

Setiap orang ingin bercinta dan dicintai. Walau bagaimana dia cuba meyakinkan, "that's ok, I'm fine to be alone". Jauh di sudut hatinya, jauh terbenam di dalam jiwanya pasti mempunyai perasaan untuk bercinta dan dicintai. Ada sesetengahnya akan melakukan apa saja agar boleh memperolehi cinta dan sanggup buat apa saja untuk mempertahankannya. Tetapi kebanyakannya cuba mengejar dan mempertahankan fatamorgana cinta. Sesuatu yang menipu pandangan mata hati kita.



Kita tahu kehidupan kita di dunia ini sementara cuma. Tapi betul-betul yakinkah kita itulah sebenarnya hakikat kehidupan kita di dunia ini. SEMENTARA! Sesuatu yang bersifat sementara tak mungkin akan KEKAL. Tak mungkin! Walau seteruk, sesusah mana pun usaha kita untuk membuatnya kekal, ia tak mungkin kekal. Ianya akan tetap bersifat sementara. Kenapa? Kerana itulah sunnatulllah. Ketentuan Allah kepada kita, HAMBA ciptaannya (bagaimana dapat kita berbesar diri sedangkan kita hanyalah HAMBANya!!). Allah berfirman di dalam surah Al Ghafir ayat 39 yang bermaksud



"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan (semestara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal"



Setelah kita menyedari semua yang ada di dunia ini hanyalah sementara, kehidupan kita juga sementara sahaja, ibu bapa kita, anak-anak kita, suami kita, buah hati kita, semuanya sementara. Jadi sesuatu yang sementara, apa saja perlakuannya bolehkah bersifat kekal? Apa yang dirasainya bolehkah bersifat kekal? Apa yang dicurahkannya bolehkah bersifat kekal? Di awal perkahwinan atau di awal percintaan kita mengucapkan "I love U" bolehkah kita pastikan perasaan itu kekal selama-lamanya? Kita akan mengucapkan lagi "I love U" setelah 10 tahun, tapi perkataan yang diucapkan pertama kali itu sentuhan jiwanya pasti lain ketika kita mengucapkannya 10 tahun kemudian! Ianya tak kekal kerana adunan perasaan dan jiwa kita juga sementara!



Jadi dalam kita memburu cinta, kita kena sentiasa ingat yang pemburuan kita dari orang yang sementara saja kehidupannya, perasaannya, kita tidak boleh menggantungkan 100% kepadanya. Kerana apa yang dirasai terhadap kita hanyalah sementara. Itu akan membuat kita tidak terlalu mengharap, terlalu bergantung, terlalu percaya. Jika kita dikianati kesannya tidak akan terlalu mendalam kerana kita tahu dianya milik kita yang sementara cuma! Boleh faham? Renung..renungkan...



Jangan terlalu di kejar cinta yang sementara, jangan terlalu berharap kepada sesuatu yang sementara itu. Jika telah kita perolehi cinta yang sementara itu bajailah ia kerana ianya sementara cuma.



Carilah cinta yang kekal, cinta yang akan membawa kita ke taman yang kekal abadi, ke daerah yang penuh cinta, ke laman yang disirami kebahagiaan. Cinta Ilahi yang pasti cinta yang abadi. Mintalah cinta dari yang EMPUNYA cinta itu!











powered by performancing firefox

2 comments:

afidalina said...

thanks kak for the tazkirah and tips..:)

Mama said...

salam,
Waduh..ini sudah bagus betul!
tulislah lagi...a good writing!