May 21, 2007

Perlunya berhenti sebentar - thomakninah





Daripada Systemic Thinking site 

Memang hidup ini penuh dengan peluang samada untuk berbuat baik atau
jahat. Malah dalam melaksanakan tugas dakwah seharian, ramai yang sibuk
dengan kerja harian sehinggakan tidak sempat melayan kucing yang
mengiau, membelai daun sambil merasakan nikmat kurniaan Allah apatah
lagi bercakap dan berkomunikasi sesama ahli keluarga dan manusia. Namun
benarkah hidup ini perlu sesibuk itu? Benarkah hidup Nabi dan sahabat
pada zaman dahulu sesibuk itu sehingga tidak sempat bermesra dengan
jiran tetangga dan sahabat handai? Apakah rahsia yang mereka ini sibuk
tetapi 'tidak tension' dengan kesibukan yang melanda? Adakah sibuk kita
sekarang ini valid dan memang bukti amal yang akan diserahkan kepada
Allah Rabbul Jaleel?

Jangan kita lekehkan peluang memerhati seekor semut, kerana ia melambangkan kebesaran Allah.Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras merasai kebesaran Allah dalam kesibukan kerja dan aktivisme

Jangan kita lekehkan memerhati pokok yang menghijau

Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras - apa kaitan hijau dengan air dan Allah?

Jangan kita lekehkan merenung cahaya bulan dan matahari di tepi laut yang membadai.Kadang-kadang
yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras - tidak terpaku dan
terpukau dengan kebesaran Tuhan di ufuk langit

Pesanan untuk diri dan mereka yang melaksanakan kebaikan: dekatilah alam. Nature Intelligence. Kerana nature bukan tercipta sendiri. Ada Penciptanya. Bila kenal Pencipta setiap masa, hati akan menjadi lembut dan lunak.





Powered by ScribeFire.

1 comment:

afidalina said...

kak..sy jugak sedang bermuhasabah ttg isu yg sama..masa yg hanyut tp kita tak hargainya..masa yg hanyut tp kita tak hayati hidup..masa yg hanyut tp kita tak manfaatkannya.. :(