Apr 18, 2007

Jenama tersohor di dunia

Guchi, Rolex, Mercedez... jenama yang tak semua orang mampu memilikinya. Bagi yang memilikinya pasti yang terlintas difikiran kita, "loadednya dia...". Apa ada pada nama? Macam-macam ada pada nama.  Jika nama-nama yang disebut diatas pasti ianya dikaitkan dengan kualiti.  Kerana kualiti jenama diatas mahal harganya.  Jika memilikinya pasti akan timbul rasa puas dan bangga kerana ia lambang status yang bukan calang-calang!  Begitu besar sekali penangan jenama, walaupun fungsi sesuatu barang itu sama saja samada yang mahal atau yang murah! Satu jenama yang tersohor, pemiliknya jua akan dilihat sebagai insan tersohor!

Tapi ada satu jenama yang amat tersohor,tidak semua pemiliknya yang merasa tersohor kerana memilikinya!  Ada yang meresa "low standard" kalau dikaitkan dengannya. Sedangkan brandnya memang tersohor dari dulu, kini dan selamanya. Apa dia? Itulah Islam. Itulah brand yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi berapa kerat sangat yang merasai bangga yang teramat sangat untuk berkata "I'm a muslim".

Wanita... apabila disebut wanita.. yang terbayang, kecantikan, kelembutan, keayuan,ketenangan bla...bla..blaa... tanyalah pemuja wanita pasti lebih berjela-jela panjangnya. Menjadi wanita itu saja sudah cukup istimewa, apatah lagi menjadi WANITA MUSLIMAH.  Tidak ada agama di dunia ini yang memuliakan wanita sebagaimana Islam memuliakan wanita.  Tapi kebanyakan kaum wanita sekarang ini tidak merasa bangga menjadi wanita muslim.

Sebuah kereta mercedez tidak akan dikatakan merce jika, badannya badan proton tapi enjinnya merce!  Sebuah jam tidak akan menjadi jam Rolex kalaupun ianya menggunakan barang rolex tapi paiwaian sebagai jam rolex tidak tercapai.  Begitu juga kita, para wanita islam, mana mungkin kita boleh mengaku "saya seorang wanita islam", jika semua orang boleh melihat rambut kita yang cantik itu berterbangan ditiup angin ketika di Taman Tasik Titiwangsa.  Mana mungkin kita boleh mengaku "saya wanita islam" jika setiap orang boleh melihat setiap inci dan lurah yang ada pada diri kita!.  Bolehkah kita kata "luar tak penting yang penting dalam (hati)" Kita pun tidak mahu mengaku kereta proton yang diletakkan enjin merce sebagai merce! Tapi kita yang tidak menampakkan ciri-ciri wanita muslimah, marah pula kalau orang tanya "awak ni betul ke islam?"

Ciri-ciri asas pakaian wanita islam

1) tidak ketat

2) tidak jarang

3) perlu menutupi seluruh aurat

4) tudung perlu melepasi paras dada



Allah berfirman, bermaksud, "...dan wanita jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak diperhiasan itu."  (An Nur : 31)



Kita juga diingatkan supaya tidak cenderung untuk menginguti jejak dan budaya agama lain. Sabda Nabi saw, bermaksud "Kamu telah megikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.  Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biasak, kamu tetap mengikuti mereka." Kami bertanya "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan Nasrani?" Baginda bersabda: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (HR Bukhari dan Muslim)



Di dalam Islam telah digariskan piawaian oleh Allah.  Untuk menjadi insan yang cemerlang perlulah kita melepasi piawaian Allah ini. Jika telah digariskan didalam islam (oleh ALLAH) pakaian wanita muslim begini dan begitu, bolehkah kita berkata "itu hak individu samada nak pakai atau tak pakaian menutup aurat!"



Allah berfirman dalam surah Ali Imran: 110 yang bermaksud "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. kamu menyuruh kepada makruf , mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah".



Itulah wanita TERBAIK dan TERCANTIK - Wanita Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah.



Sama-sama kita rebranding diri kita agar kita menjadi 'umat yang terbaik'.



Semoga dengan itu melayakkan kita untuk mendapat syafaat dari Nabi saw dihari tidak ada manusia yang dapat membantu kita melainkan syafaat dari Nabi tercinta.









Powered by ScribeFire.

Apr 17, 2007

Masa oh masa...

Masa begitu cepat berlalu sekarang ini.  Terasa semacam baru semalam Isnin. Hari ni dah Isnin semula! Apatah lagi jika masa cuti pun ada saja progam yang perlu di hadiri.  Umpama tak ada masa cuti langsung. Penuh saja hari-hari dalam seminggu. Sekarang ini 24 jam tu cuma sebentar saja! Baru je sampai ofis dan ngadap komputer, tup..tup.. dah pukul 11.00pg!!Kerja masih banyak yang nak dibuat, tau-tau dah pukul 5ptg! Salah masakah atau salah tadbir orang yang telah diberi masa ini? Mestinya jawapan kedua yang betul! Tapi yang selalu di persalahkan "masa cepat sangat...."

Di sebabkan kekangan masalah tak dapat nak menulis lagi di blog ni.  Rindu nak menulis tapi tak dapat nak menulis selain dari yang sepatutnya ditulis..hmm... apa tu ya??  Cita-cita nak jadi penulis masih lagi tinggal cita-cita.  Bila baca tulisan saudara yagn lain rasa "ish... itu je pun boleh jadi buku? kalau macam tu aku pun boleh tulis" Tapi... masih lagilah tak menulis-menulis sampai sekarang ni...tulis buku laaa.. tulis macam tulisan ni adalah..

Apa pun yang kita lakukan, biarlah 24 jam yang kita lalui itu diterima sebagai ibadah, supaya tidak sia-sia saja kehidupan kita sehari itu.  Setiap hari kita kena ingat mati.  Sesuatu yang tak siapa pun tahu bila akan datang kepada kita!  Kekadang rasa "cemburu" dengan yang tahu dia sakit dan mempunyai masa sekian-sekian, kerana sekurang-kurangnya dia boleh "prepare" untuk masa kematiannya. Tapi kita yang sihat walafiat ni, seringkali terlupa yang malaikat maut tu sentiasa saja melawati kita...Kata kawan, biarlah kita sibuk dengan segala aktiviti jamaah kerana kita tak tau bilakah malaikat maut akan menjemput kita.  Semoga kita dijemput tatkala kita sedang berjihad di jalan Allah bukan ketika kita sedang bersuka ria tanpa mengingati Allah. Sebab itu pentingnya untuk kita "meniat"kan seluruh hari kita itu lillahitaala semoga seharian kita sentiasa di dalam ibadah. Macammana nak niat tu?  Kata ustazah Sofi amalkan bacaan al mathurat setiap pagi, semoga ianya menjadi manifesto kita bahawa kehidupan kita sehari itu hanya untuk mencari redha Allah.

Sabda Nabi saw :

"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana.  Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat."





Powered by ScribeFire.