Apr 18, 2007

Jenama tersohor di dunia

Guchi, Rolex, Mercedez... jenama yang tak semua orang mampu memilikinya. Bagi yang memilikinya pasti yang terlintas difikiran kita, "loadednya dia...". Apa ada pada nama? Macam-macam ada pada nama.  Jika nama-nama yang disebut diatas pasti ianya dikaitkan dengan kualiti.  Kerana kualiti jenama diatas mahal harganya.  Jika memilikinya pasti akan timbul rasa puas dan bangga kerana ia lambang status yang bukan calang-calang!  Begitu besar sekali penangan jenama, walaupun fungsi sesuatu barang itu sama saja samada yang mahal atau yang murah! Satu jenama yang tersohor, pemiliknya jua akan dilihat sebagai insan tersohor!

Tapi ada satu jenama yang amat tersohor,tidak semua pemiliknya yang merasa tersohor kerana memilikinya!  Ada yang meresa "low standard" kalau dikaitkan dengannya. Sedangkan brandnya memang tersohor dari dulu, kini dan selamanya. Apa dia? Itulah Islam. Itulah brand yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi berapa kerat sangat yang merasai bangga yang teramat sangat untuk berkata "I'm a muslim".

Wanita... apabila disebut wanita.. yang terbayang, kecantikan, kelembutan, keayuan,ketenangan bla...bla..blaa... tanyalah pemuja wanita pasti lebih berjela-jela panjangnya. Menjadi wanita itu saja sudah cukup istimewa, apatah lagi menjadi WANITA MUSLIMAH.  Tidak ada agama di dunia ini yang memuliakan wanita sebagaimana Islam memuliakan wanita.  Tapi kebanyakan kaum wanita sekarang ini tidak merasa bangga menjadi wanita muslim.

Sebuah kereta mercedez tidak akan dikatakan merce jika, badannya badan proton tapi enjinnya merce!  Sebuah jam tidak akan menjadi jam Rolex kalaupun ianya menggunakan barang rolex tapi paiwaian sebagai jam rolex tidak tercapai.  Begitu juga kita, para wanita islam, mana mungkin kita boleh mengaku "saya seorang wanita islam", jika semua orang boleh melihat rambut kita yang cantik itu berterbangan ditiup angin ketika di Taman Tasik Titiwangsa.  Mana mungkin kita boleh mengaku "saya wanita islam" jika setiap orang boleh melihat setiap inci dan lurah yang ada pada diri kita!.  Bolehkah kita kata "luar tak penting yang penting dalam (hati)" Kita pun tidak mahu mengaku kereta proton yang diletakkan enjin merce sebagai merce! Tapi kita yang tidak menampakkan ciri-ciri wanita muslimah, marah pula kalau orang tanya "awak ni betul ke islam?"

Ciri-ciri asas pakaian wanita islam

1) tidak ketat

2) tidak jarang

3) perlu menutupi seluruh aurat

4) tudung perlu melepasi paras dada



Allah berfirman, bermaksud, "...dan wanita jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak diperhiasan itu."  (An Nur : 31)



Kita juga diingatkan supaya tidak cenderung untuk menginguti jejak dan budaya agama lain. Sabda Nabi saw, bermaksud "Kamu telah megikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.  Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biasak, kamu tetap mengikuti mereka." Kami bertanya "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan Nasrani?" Baginda bersabda: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (HR Bukhari dan Muslim)



Di dalam Islam telah digariskan piawaian oleh Allah.  Untuk menjadi insan yang cemerlang perlulah kita melepasi piawaian Allah ini. Jika telah digariskan didalam islam (oleh ALLAH) pakaian wanita muslim begini dan begitu, bolehkah kita berkata "itu hak individu samada nak pakai atau tak pakaian menutup aurat!"



Allah berfirman dalam surah Ali Imran: 110 yang bermaksud "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. kamu menyuruh kepada makruf , mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah".



Itulah wanita TERBAIK dan TERCANTIK - Wanita Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah.



Sama-sama kita rebranding diri kita agar kita menjadi 'umat yang terbaik'.



Semoga dengan itu melayakkan kita untuk mendapat syafaat dari Nabi saw dihari tidak ada manusia yang dapat membantu kita melainkan syafaat dari Nabi tercinta.









Powered by ScribeFire.

No comments: