Daripada Systemic Thinking site | |
Memang hidup ini penuh dengan peluang samada untuk berbuat baik atau jahat. Malah dalam melaksanakan tugas dakwah seharian, ramai yang sibuk dengan kerja harian sehinggakan tidak sempat melayan kucing yang mengiau, membelai daun sambil merasakan nikmat kurniaan Allah apatah lagi bercakap dan berkomunikasi sesama ahli keluarga dan manusia. Namun benarkah hidup ini perlu sesibuk itu? Benarkah hidup Nabi dan sahabat pada zaman dahulu sesibuk itu sehingga tidak sempat bermesra dengan jiran tetangga dan sahabat handai? Apakah rahsia yang mereka ini sibuk tetapi 'tidak tension' dengan kesibukan yang melanda? Adakah sibuk kita sekarang ini valid dan memang bukti amal yang akan diserahkan kepada Allah Rabbul Jaleel? Jangan kita lekehkan peluang memerhati seekor semut, kerana ia melambangkan kebesaran Allah.Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras merasai kebesaran Allah dalam kesibukan kerja dan aktivisme Jangan kita lekehkan memerhati pokok yang menghijau Jangan kita lekehkan merenung cahaya bulan dan matahari di tepi laut yang membadai.Kadang-kadang Pesanan untuk diri dan mereka yang melaksanakan kebaikan: dekatilah alam. Nature Intelligence. Kerana nature bukan tercipta sendiri. Ada Penciptanya. Bila kenal Pencipta setiap masa, hati akan menjadi lembut dan lunak. |
Powered by ScribeFire.