Aug 13, 2007

Isytihar perang terhadap pertubuhan IFC

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang
menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat
kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz
yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa
cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat
bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan
tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM minta 15
perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan
Malaysia. Antaranya:

1)
Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia
tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak
boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"... Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab
dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen
pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama -
maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta
di"tiada"kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5)
Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang
Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7)
Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka,
masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau
takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di
atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang
tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10)
Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk
diedarkan di seluruh negara.
12)
Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ... lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah
Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata
kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...
Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong
pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang
Islam tu kata apa?... Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah
terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"... Datuk Harussani
balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap
open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah
hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam
mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
-
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada
raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang
Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan
lain-lain.

Dalamnya juga
banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya
semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya.
Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah,
sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m. s. 70. Cetakan
Beirut)

petikan dari nasihat2 pilihan


Powered by ScribeFire.

No comments: