Feb 24, 2007

Sekeping kain putih itu.....


Ini adalah sekeping kain yang putih. Putih bersih, suci.




Ini adalah sekeping kain yang dicorak-corakkan. Cantik!




Ini adalah sekeping kain yang diconteng-conteng sahaja. Cantik jugakan, abstrak!



Dari sekeping kain yang putih, kita corakkannya mengikut kreativiti dan kesukaan kita. Cantik coraknya, cantik hasilnya. Main-main cara corakan kita, mungkin buruklah hasilnya!

Ini seorang bayi. Comel tak? Fitrahnya putih bersih, suci, seperti kain sekeping kain putih. Sabda Nabi saw "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibubapalah yang mengyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya."-Hadith riwayat Bukhari drp Abu Hurairah


Sesiapa yang memilikinya yang akan mencorakkannya. Corak apakah yang paling baik ? Corak yang lahir dari rumahtangga muslim. Anak yang dicorak dengan keimanan.

Bayi yang suci, putih bersih hatinya, tenang wajahnya, itukah tempat untuk kita memuntahkan kemarahan ,melampiaskan dendam kesumat jiwa? Sehingga akhirnya terjadi kisah tragis yang menimpa Aliff Hakimi dan Aliff Hazem. Salah siapa? Ibu? Ayah? Jiran? Sistem? Bila jiwa dan hati jauh dari Islam, tiada lagi yang dapat membuat pertimbangan yang wajar!

No comments: