Mar 12, 2007

Suatu Kebiasaan itu

Masa baru menjengah ketahun 2005 dulu saya pernah dapat satu e-mail yang bertajuk (lebih kurang), "bagaimana anda tahu anda berada di tahun 2005" macam tulah rasanya bunyi e-mail tu. Masa tu bila baca e-mail tu boleh kata hampir 90 peratuslah apa yang ditulis tu betul2 kena kat diri sendiri! Kenapa teringat balik pasal e-mail tu sebab seminggu dua ni terjadilah sesuatu yang tak pernah ingat akan terjadi pada diri ni!

1) Bila dail nombor phone kat rumah nak call out, start dail dengan 9 ... !!

2) Bila internet down, yang sejak dua menjak ni selalu terjadi, huish...tak sempurna rasanya hidup (iman down tak la rasa cam tu lak!! :-( )

3) Bila tertinggal mobile phone kat rumah bila datang kerja, rasa alamak... terputus hubungan!!!

4) Bila electricity tak ada, gelap betul dunia rasanya. Lilin lima, nam batang pun masih rasa gelap lagi. Kalau dulu masa kecik-kecik lampu minyak tanah satu ke dua pun dah cukup baik!

5) Ini satu perkara yang tak pernah langsung terfikir akan berlaku pada diriku ini...satu pagi tu parking kereta, then keluar dari kereta. Masa berjalan nak ke ofis tu (masa tu masih lagi diatas jalan dikiri jalan) terdengarlah bunyi cam bunyi motor kat sebelah kanan dari arah belakang. You know what I did?? I tak toleh belakang, I tengok my "side mirror" !!!!! Ada ka patut masa tengah jalan kaki nak tengok apa yang berbunyi kat belah kanan tu gi toleh sikit ke kanan, cam masa drive then toleh ke "side mirror"!! Ust Alias pernah cerita pasal suatu hari dia tengah jalan nak gi pasar, ada orang honk dari blakang dia pun secara automatiknya dongak ke atas nak tengok back mirror dia!!! Masa tu punyalah bantai gelak, ni terjadi kat diri sendiri.. sendiri gelak laa... ;-O



Macamtulah agaknya bila kita asyik buat benda yang sama saja setiap hari sehingga ianya cam dah sebati ngan kita! Semoga solat yang kita buat setiap hari tidak begitu rasanya. Ianya sebati didalam diri kita tapi bukan dibuat sebab dah sebati sehingga solat tu dah jadi kebiasaan. Bila kita buat bukan sebab itulah tuntutan atau tanggungjawab kita tetapi sekadar kebiasaan. Sebab tu agaknya orang yang solat pun masih buat maksiat., sebab solat tidak lagi dapat menjaga diri kita kerana kita solat hanya sekadar solat, bukan kerana untuk mengingati allah. :-(



Allah berfirman dalam surah Thoha ayat 14 yang bermaksud

"Dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingatiku"



Allah berfirman dalam surah Al A'raf ayat 205 yang bermaksud

"Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai"



Sabda Nabi saw

"Barangsiapa bersembahyang, padahal sembahyangnya itu tiada dapat mencegahkannya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadanya."



Sabda Nabi saw lagi

"Betapa banyak orang yang mendirikan sembahyang tetapi bahagian yang didapatinya dari sembahyang itu hanyalah penat-lelah semata-mata."



Semoga Allah menerima ibadah solat kita sebagai tanda ingatan kita kepadaNya.









powered by performancing firefox

No comments: