Mar 10, 2009

Kenangan mengusik jiwa

Cuti Maulidur rasul kali ni kami habiskan di kampung. Actually bukan kerana cuti tapi kerana ada kenduri sepupu, anak pak ngah yang sulung.  Begitu pantas masa berlalu, terlalu banyak yang terlepas. Selepas bekahwin dan bekerja aku terus berada diluar lebih lama dari berada di kampunt.  Teringat suatu waktu dahulu ketika menuntut di PPP, Shah Alam.  Bila ada yang bertanya "nak kerja di mana bila dah habis belajar?"  Dengan pantas aku akan jawab, "kat kampung laa... tak mau la kerja kat KL ni!!"  Tapi perancangan allah lain sekali.  Dengan orang disinilah aku bertemu jodoh dan disini jualah aku dapat kerja.

Berada di kampung kali ini lain benar rasanya.  Terasa amat rindu akan suasana kampung ketika aku masih bergelar kanak-kanak.  Suasana kampung yang nyaman dan tenteram.  Deruan kenderaan memanglah sekali-sekala saja dengar.  Aku rindukan bau di kampung selepas hujan.  Bagi yang pernah tinggal dikampung pasti tahu bagaimana baunya selepas waktu hujan.  Kesegaran yang sukar nak aku ceritakan!  Balik kampung kali ini aku teringat kuih-kuih lama yang masih ada di pasaran tapi tidak sama rasanya.  Kuih bahulu sekarang rasanya tak sama dengan yang tok aku buat dulu dengan dapur kayu dan api atas bawah.  Walaupun lama nak buat dengan cucu yang ramai, tok tetap buat juga.  Walaupun seharian tok mengadap dapur kayu dan hasil yang dapat disimpan hanyalah sedikit tapi tok tetap setia membakar kuih bahulu!  Mana banyak dapat disimpan sebab cucu ramai dan tinggal berdekatan dan tok pun bila nak buat apa-apa kuih habis semua kami diberitahu, mananya tak datang.  Sambil2 main, singgah makan bahulu yang masih panas!!  Nyummy..nyummy... Kuih "telinga keling" (peneram), pun tok suka buat, macam tu jugaklah, untuk beberapa pusingan talam kuih tok tak akan berisi!  Aku paling suka kuih karaih (tak tau bahasa bukunya) dan sarang tebuan pedas (kuih loyang).  Yang lain yang aku suka kuih halwa maskat, tapi yang tak berapa manis, kalau yang manis tak boleh jalan!  Kuih putu kacang, putu beras dah lama aku tak jumpa, aku tak cari kerana aku tak suka.  Kuih kapit, pulut kacau yang orang-orang sekarang buat dah tak sama macam yang dulu!! Rindu betul aku dengan kuih-kuih tradisional ni!  Haahh.. lagi satu kuih kegemaran aku, kuih bakar yang cair dalam mulut...waaa... tak jumpa dah sekarang ni!!

Pulang ke kampung kali ni juga tetiba saja aku merasa rindu suasana dalam rumah aku yang dulu.  Ketika arwah ayah aku masih ada.  Walaupun ayah tegas orangnya tapi ayahlah penyeri rumah dengan lawak tawa dan usikan ayah.  Saat paling aku tak lupa pada ayah setiap kali melihat buah durian.  Aku adalah geng ayah makan durian.  Kami memang hantu durian!!  Dari aku kecil sampai aku besar, cuma sekarang ni aku kurang dah makan durian, mungkin sebab buah durian ni buat aku rindu sangat kat ayah.  Kalau musim durian ayah akan beli sejaras kalau buah tu memang sedap.  Kami suka durian kampung. Masa tu durian tak la semahal macam sekarang! Ayah mesti akan beli durian banyak-banyak kalau aku ada sebab ayah tau kami berdua saja pun boleh habisnya.  Kalau aku tak ada ayah tak beli banyak sebab mak dan adik2 aku yang lain tak "hantu durian" macam aku ;-).

Pak ngah buat kenduri cara dulu-dulu, masak sendiri dengan adik2 beradik dan orang kampung.  Ramai2 mai buat bunga telur, siang2 bahan nak masak.  Kalau dulu2 majlis kawin ni akan start pengoperasiannya 2/3 hari sebelum majlis yang sebenarnya. Aku masih ingat lagi, dulu, 2 hari sebelum kenduri, balai akan didirikan.  Balainya dari kayu dan makan pun bersila ramai2.  So bila nak dirikan balai ramailah yang datang sebab nak angkut tiang2 balaik tu bukan senang, dan nak dirikan satu balai pun memerlukan ramai orang, sebab tu masa diri balai pun dah macam hari kenduri. Dah siap balai yang seronoknya kanak2 la sebab boleh main kejar2 atas balai dan boleh panjat balai!  Esoknya, mulalah orang-orang perempuan sibuk, rebus telur buat bunga telur, "kukuq nyok" pakai tangan, dah jadi macam pertandingan memarut kelapa!  Masing-masing nak tunjuk skill masing-masing terutamanya anak2 dara..hee...hee... Lepas parut kelapa, ada yang dibuat santan, ada yang dibuat kerisik.  Memang sibuklah hari ni, dari pagi hingga ke pagi esoknya kerana malam tu orang lelaki akan mula sembelih lembu/kerbau dan mulalah kerja2 potong memotong hingga ke pagi menyiapkan hidangan untuk esok.  Kenduri pagi dalam pukul 11 akan makan nasi putih, ikan kering, sambal dan ulam.  Aku tak ingat dah apa nama "makan pagi" ni.  Ada nama khasnya.  Kemudian tengahari akan makan nasi minyak. Tetamu boleh datang dari pagi sampai malam.  Tapi memenatkanlah buat kenduri macam dolu-dolu sebab lepas tu periuk belanga, pinggan mangkuk, dan segala-galanya kena sendiri kemas loo... Tapi disebalik kepenatan itu sebenarnya lebih banyak keseronokannya. 

No comments: