Mar 31, 2009

Berapa lamakah kita hidup?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Seorang ulamak sufi memberi nasihatnya dalam sebuah kitab
dan saya olahkan dan kembangkan lagi agar sama-sama kita
teliti nasihatnya untuk diri sendiri khususnya dan saudara
saya seagama amnya.

Hidup ini sebenarnya hanyalah 3 tahun!
Tahun lepas, tahun ini dan tahun hadapan yang mungkin
tahun terakhir kehidupan kita tapi sebenarnya bukan
begitu ia lebih pendek lagi!

Hidup ini sebenarnya hanyalah 3 bulan! alangkah pendeknya.
bulan lepas, bulan ini dan bulan hadapan yang mungkin bulan
terakhir kehidupan kita tapi sebenarnya bukan 3 bulan bahkan
hanya 3 hari sahaja! Hari semalam yang kita telah bernafas,
hari ini ketika kita menikmati kehidupan dan hari esok yang
tiada kepastian

tapi sebenarnya bukan 3 hari bahkan 3 jam sahaja!
satu jam yang lepas yang kita telah menikmati kehidupan,
satu jam sekarang yang kita sedang menikmatinya dan
satu jam lagi yang mungkin jam terakhir kehidupan kita!
tapi sebenarnya bukan 3 jam bahkan 3 tarikan nafas
sahaja! tarikan nafas yang kita telah menikmatinya,
satu tarikan nafas yang kita sedang menikmatinya dan
satu tarikan nafas yang mungkin adalah nafas terakhir
dan pulanglah kita kepada Allah Rabbul Jalil!

Oleh itu bersiap sedialah wahai mukminin akan hari dan
nafas yang terakhir. Moga kita semua mengakhiri kehidupan
ini sebagai mukmin dan muttaqin serta Dai ilallah yang
amat-amat mencintai menemui Allah SWT dan merindui
akhirat. Bukan pulang kepada Allah sebagai Aasi
(pembuat maksiat), pelaku dosa dan kejahatan
(faajir).Nauzubillah min zaalik

Tanda orang yang lalai ialah takut kepada mati
kerana mati itu penamat segala kenikmatan dunia
yang fana ini dan tempat pembalasan bagi segala
dosa yang telah mereka lakukan. Orang
yang cerdik ialah orang yang merancang akhiratnya
dan sentiasa bersiap sedia menemui KhaliqNya.
Bukankah akhirat itu lebih abadi dan lebih baik dari
negeri dunia yang sementara ini.

Ingatilah Firman Allah SWT Surah Al-Jumuah:

Say (to them): "Verily, the death from which You flee
will surely meet you, Then You will be sent back to
(Allâh), the All-Knower of the unseen and the seen,
and He will tell You what You used to do.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut
Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah
ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala
Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu
kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan
(serta membalasnya)".

Inna Ad-Deen an-Nasiihatu ....

Mar 30, 2009

Kenyataan PACE - Land Day Palestin dan kempen BDS 30 Mac 2009

Assalamualaikum,
 
Land Day atau 'Hari Tanah Air' Palestin bermula pada 30 Mac, 1977 apabila tentera zionis menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah secara berleluasa di Galilee, utara 'Israel' atau lebih tepat lagi wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. Pada hari tersebut, tentera zionis membunuh enam orang Palestin, mencederakan 96 orang dan menahan dan memenjarakan kira-kira 300 orang. Seluruh bangsa Palestin di dalam 'Israel', Tebing Barat, Gaza dan mereka yang berada di khemah-khemah pelarian di negara-negara Arab mengistiharkan hari tersebut sebagai Land Day atau Hari Tanah Air untuk mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin yang masih berlaku untuk meluaskan lagi negara haram Israel.
 
Kini setelah 32 tahun, regim zionis terus rakus merampas tanah-tanah milik orang Palestin samada di Tebing Barat, Baitul Maqdis Timur dan di negara haram Israel sendiri. Bahkan perjanjian Oslo 1993 yang kononnya menjanjikan sebuah wilayah Palestin yang merdeka berasaskan resolusi PBB 242 1967 terus dicabuli sendiri oleh regim zionis apabila terus merampas tanah rakyat Palestin dan merobohkan kediamam mereka bagi membina lebih banyak penempatan haram Yahudi. Penipuan-penipuan yang berselindung disebalik perjanjian damai terus berlaku sehingga kini. Ini termasuklah merancakkan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di Ma'ale Adoumin di Tebing Barat sebaik sahaja Konferens Annapolis selesai pada tahun 2007.
 
Rampasan tanah ini juga berlaku akibat pembinaan tembok pemisah di sepanjang Tebing Barat yang menyebabkan 45% dari tanah rakyat Palestin kini berada di dalam wilayah negara haram Israel. Tembok pemisah ini menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tanah-tanah pertanian mereka, telaga air bahkan rumah kediaman. Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah juga amat tinggi kerana perjalanan ke sekolahb terhalang oleh tembok.
 
Pada tarikh yang sama iaitu 30 Mac 2009, kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) atau 'Boikot, Mengalihkan pelaburan dan Sekatan' dilancarkan bersempena dengan seruan World Social Forum di Belem, Brazil yang menyeru seluruh dunia memboikot produk, dan institusi Israel. Kempen boikot Israel adalah sangat penting dan menjadi sebahagian dari perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin dan mengembalikan hak rakyat Palestin termasuk hak untuk pulang ke negara mereka seperti yang dijamin oleh piagam dan resolusi-resolusi PBB. Dalam keadaan rakyat Palestin terus dikepung dan dipenjarakan di Gaza maka BDS merupakan satu seruan yang wajib untuk disambut oleh seluruh masyarakat antarabangsa  bagi menamatkan kepungan Israel.
 
PACE menyeru semua pihak yang cintakan kedamaian dan menghormati prinsip hak asasi manusia supaya berganding bahu sempena Land Day dan kempen BDS dengan menyemarakkan kempen kesedaran melalui pelbagai pendekatan terutama  sebaran am dan media massa. PACE juga mengalu-alukan rakyat Malaysia yang terus menunjukkan solidari ti yang membanggakan bersama rakyat Palestin yang menjadi sasaran serangan biadap Israel di Gaza dari 29 Disember 2008 sehingga  23 Januari 2009 dengan menyahut seruan boikot ke atas barangan yang menyokong Israel. Kini usaha ini menjadi sebahagian dari kempen BDS yang dilancarkan di seluruh dunia. Seruan PACE ialah supaya rakyat Malaysia terus menyebarkan kesedara n ini kepada semua pihak agar pelanggaran hak asasi ke atas rakyat Palestin yang begitu menjolok mata oleh zionis Israel dapat diakhiri.
 
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)


The Iron Wall



Mar 28, 2009

Nusyuz suami

Huraian secara menyeluruh:

Nusyuz suami.

 

 وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128

 

“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap  tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)....

 

Nusyuz Suami.

 

Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas.

 

Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latarbelakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam`ah dia akan diceraikan Rasulullah saw, lantas dia berkata kepada Baginda saw: “janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri). Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada `Aisyah”. Rasulullah saw menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).

 

Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn `Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404). Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri.

 

Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya. Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya”. (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195).

 

Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز  dan `ie’radh اعراض . Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya. `ie’radh kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (said Hawa, ibid 2:1194)

 

Dalam mentafsirkan ayat ini al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau ‘ie`radh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya. Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan. Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424)

 

Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan dierima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri. Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami.

 

Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad `Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184)

 

Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di dipihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2;105).

 

Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami.

 

5.1. Bila suami dianggap nusyuz.

 

Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari. Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut`ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).

 

5.2. Tindakan isteri jika suami nusyuz.

 

Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu`asyarah seperti disedut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف . Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap Istari.

 

Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi.

 

Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya.

 

Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya.

 

Jika ini juga tidak berhasil hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah cerai.



Mar 27, 2009

Suami Nusyuz?

Alhamdulillah, kelmarin berkesempatan untuk mengikuti Wacana Wanita dan Keadilan Syariah di Pusat Islam.  Aku belajar sesuatu yang baru!  Selama ini yang selalu didengari adalah istilah "isteri nusyuz", telah terlalu banyak di ceritakan mengenai perihal isteri nusyuz kerana di dalam al quran sendiri telah "listkan" satu persatu apa yang perlu para suami buat jika isteri nusyuz.  Tapi perihal suami nusyuz tidak pernah ada yang "highlight".  Dalma kitab-kitab fiqh lama tidak ada lansung menyentuk mengenai suami nuzyuz.  Tetapi, Ustaz Alias Osman ada menyebut yang perbincangan mengenai suami nusyuz ada dibincangkan di dalam kitab-kitab tafsir lama.

Jadi, memang ada istilah suami nusyuz!  Di dalam al quran juga ada tertulis perihal suami nusyuz.  Dalilnya dalam surah an-nisa' ayat 128 yang bermaksud

128. Dan jika seorang perempuan bimbang akan  nusyuz, atau atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); .....

Ciri- ciri suami yang nusyuz.... to be continue




A STORY OF POSITIVE ATTITUDE

From a friend:


Father: "I want you to marry a girl of my choice"

Son: "I will choose my own bride!"

Father : "But the girl is Bill Gates's daughter."

Son : "Well, in that case...ok"



Next - Father approaches Bill Gates.

Father : "I have a husband for your daughter."

Bill Gates : "But my daughter is too young to marry!"

Father : "But this young man is a vice-president of the World Bank."

Bill Gates : "Ah, in that case...ok"



Finally Father goes to see the president of the World Bank.

Father : "I have a young man to be recommended as a vice-president. "

President : "But I already have more vice- presidents than I need!"

Father : "But this young man is Bill Gates's son-in-law."

President : "Ah, in that case...ok"



This is how business is done!!

Moral: Even If you have nothing,You can get Anything. But your attitude

should be positive


Mar 25, 2009

Wacana Wanita dan Keadilan Syariah


   
Assalamualaikum wbt..

Semua dijemput ke  

WACANA WANITA DAN KEADILAN SYARIAH


dengan tema 

Berkongsi Keprihatinan Masa Depan : Syariah Penyuluh Kehidupan Seimbang

pada 

26 Mac 2009 (Khamis)


masa 

8.30 pagi -1.00 tengahari

 

tempat

Dewan Hadhari, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana, Kuala Lumpur




Penyertaan 

Terbuka kepada semua. PERCUMA

 

 Anjuran bersama:

JAWI dan Wanita JIM

 

Objektif Wacana:



  1. Menjelaskan konsep keadilan dan kesaksamaan dalam hubungan kekeluargaan lelaki dan wanita menurut perspektif syariah Islam


  2. Memperincikan huraian Al-Quran mengenai `nusyuz' suami dan isteri serta saranan penyelesaiannya.


  3. Mencadangkan strategi penambahbaikan implementasi sistem perundangan syariah khususnya berkaitan kekeluargaan di Malaysia

Program tentatif

Masa

Tentatif


8.00-8.30 pagi


Pendaftaran & sarapan pagi


8.30-9.00 pagi


Perasmian Majlis oleh Ketua Penolong Pengarah JAWI


9.00-9.40 pagi


 


Ucaptama : Keadilan & Kesaksamaan dalam Kehidupan Berkeluarga     menurut Perspektif Syariah


Oleh:  Ybhg. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj (Ketua Wanita  JIM Pusat)


9.40-10.10 pagi


Kudapan  & Sidang Media


10.10-10.40 pagi


Pembentangan (1)


Huraian Al-Quran tentang Nusyuz Suami & Isteri : Pengertian & Penyelesaian


Oleh : Ustaz Alias Othman


Pensyarah Pengajian Islam Cyberjaya University and Medical Sciences (CUCMS), bekas pensyarah dan Prof Madya Akademi Islam UM


10.40-11.30 pagi


Sesi Soal Jawab


11.30-12.30 tengahari


Pembentangan (2) 


Penambahbaikan Implementasi Sistem Perundangan Kekeluargaan Syariah  di Malaysia :  Satu tuntutan


Oleh : Puan Sazira Abdul Aziz


Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie


12.30-12.45 tengahari


Sesi Soal jawab


12.45-1.00 tengahari


Rumusan oleh Puan Hajjah Faridah Maludin


Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah  (PAKSI) Wanita JIM Pusat


1.00 tengahari


Makan tengahari & Bersurai


 
       

Untuk Pendaftaran, hubungi sekretariat di:

03-41073379 @ email: wjim@pd.jaring.my @ sms nama ke 019-5053008.


Mar 23, 2009

Better be careful than sorry!

Everyone should take 5 minutes to read this.  It may save your life or love one's life.

Crucial

This is for you,
and for you to share
with your wife,
your children,

everyone you know.

After reading these 9 crucial tips ,

forward them to someone you care about.

It never hurts to be careful

in this crazy world we live in.


1 Tip from Tae Kwon Do :

The elbow

is the strongest point

on your body.

If you are close enough to use it,

do!


2. Learned this from a tourist guide

in New Orleans

If a robber asks

for your wallet and/or purse,

DO NOT HAND IT TO HIM

Toss it away from you....

chances are

that he is more interested

in your wallet and/or purse

than you,

and he will go

for the wallet/purse.

RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!



3. If you are ever thrown
into the trunk of a car,

kick out the back tail lights

and stick your arm out the hole

and start waving like crazy.

The driver won't see you,

but everybody else will.

This has saved lives.


4. Women have a tendency
to get into their cars after shopping,

eating, working, etc.,

and just sit (doing their checkbook,

or making a list, etc.

DON'T DO THIS!)

The predator

will be watching you,

and this is the perfect opportunity

for him to get in

on the passenger side,

put a gun to your head,

and tell you where to go.

AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR ,

LOCK THE DOORS AND LEAVE.


a. If someone
is in the car

with a gun

to your head
DO NOT DRIVE OFF,

repeat:

DO NOT DRIVE OFF!
Instead gun the engine

and speed into anything,

wrecking the car.
Your Air Bag will save you.

If the person is

in the back seat
they will get the worst of it .

As soon as the car crashes

bail out and run.

It is better
than having them
find your body

in a remote location.


5 A few notes about getting

into your car in a parking lot,

or parking garage:

A.)
Be aware:
look around you,

look into your car,

at the passenger side floor ,

and in the back seat

B..) If you are parked next to a big van,

enter your car from the passenger door
.

Most serial killers attack their victims

by pulling them into their vans

while the women are attempting

to get into their cars.

C..)
Look at the car
parked on the driver's side

of your vehicle,

and the passenger side.

If a male is sitting alone

in the seat nearest your car,

you may want to walk back

into the mall, or work,
and get a guard/policeman

to walk you back out.

IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)


6. ALWAYS
take the elevator

instead of the stairs.

(Stairwells are horrible places
to be alone

and the perfect crime spot.

This is especially true at NIGHT!)

7. If the predator has a gun

and you are not under his control,

ALWAYS RUN!

The predator will only hit you

(a running target)

4 in 100 times;

And even then,
it most likely

WILL NOT

be a vital organ.
RUN,

Preferably !

in a zig -zag pattern!

8. As women,
we are always trying

to be sympathetic:

STOP !

It may get you raped,

or killed.

Ted Bundy,

the serial killer,
was a good-looking,

well educated man,

who ALWAYS played
on the sympathies

of unsuspecting women.

He walked with a cane,
or a limp,

and often asked

'for help'
into his vehicle

or with his vehicle,

which is when he abducted
his next victim.
************* Here it is *******

9.
Another Safety Point:
Someone just told me

that her friend heard

a crying baby on her porch
the night before last,

and she called the police

because it was late

and she thought it was weird.

The police told her

'Whatever you do,

DO NOT

open the door.'

The lady

then said that

it sounded like the baby

had crawled near a window,

and she was worried

that it would crawl

to the street

and get run over.

The policeman said,

'We already have a unit on the way,

whatever you do,

DO NOT open the door.'

He told her that they think

a serial killer

has a baby's cry recorded

and uses it to coax

women out of their homes

thinking that someone

dropped off a baby

He said they have not verified it,

but have had several calls

by women saying that

they hear baby's cries

outside their doors

when they're home alone

at night.


Mar 19, 2009

Nikmat yang terpinggir!

Di antara semua nikmat yang allah berikan kepada kita, seringkali agak mudah untuk kita berkata 'alhamdulillah' jika kita mendapat rezeki yang banyak, anak-anak yang berjaya, dana yang banyak dllg.  Tetapi ada satu nikmat yang seringkali kita lupa untuk mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga.  Nikmat tubuh badan.  Tidakkah seluruh tubuh kita adalah nikmat yang paling tidak ternilai yang allah kurniakan?  Tapi seringkali kita "take for granted".  Mata yang berkedip secara outomatic, tangan yang bertindak balas ketika terkena tekanan (panas, sejuk, kasar,sakit etc), paru-paru yang mengepam tanpa arahan atau suis yang perlu di on offkan, mulut terbuka ketika makanan hampir sampai, hidung yang menyedut dan menghembus udara, kaki yang melangkah, telinga yang tetap aktif walaupun kita sedang tidur, perut yang terus menghadam, usus yang terus berfungsi tanpa diarah.  Itu antara sebahagian nikmat yang telah allah berikan pada kita yang seringkali kita terlupa untuk sujud syukur dengan sebenarnya.

Bayangkanlah jika tiba-tiba jantung kita "decide" untuk berhenti mengepam! Apa yang akan terjadi.  Or tangan kita berhenti bertindak balas ketika kita meletakkan tangan kita diatas kuali panas!  or mata kita berhenti untuk melihat!! Alangkah sukarnya hidup kita jika setiap anggota badan kita memerlukan kita on off disana sini!! Tetapi tidak, allah telah menjadikan tubuh badan kita dengan seribu satu kesempurnaan dan keseimbangan.  Tiada lagi yang mampu untuk meniru ciptaan allah ini.  Tapi selalunya kita kurang menitik beratkan kurniaan allah ini.  Kita hanya akan merasa betapa besarnya nikmat itu setelah ianya hilang dari kita!  Sedangkan masa itu mungkin telah terlalu lambat untuk kita menikmati dengan sebenar-benarnya kurniaan allah ini.

Sebelum mata menjadi kabur, sebelum telinga menjadi tidak sensitif, sebelum jantung lemah, sebelum kaki tidak mampu melangkah, selagi tangan masih dapat digerakkan, gunakanlah ia dengan betul sebagai tanda kesyukuran kita kepada yang Esa.  Jangan kita biarkan anggota badan kita melakukan maksiat kepada allah.  Bersyukurlah kerana allah masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati nikmat tubuh.  Jangan dinanti sehinga allah menarik balik nikmat yang diberikan baru kita akan tahu betapa berharganya ia.  Walaupun hanya satu nikmat anggota yang diambil, tidak akan sermpurna hidup kita.

Mar 17, 2009

Cantik cukup?

"Kenapa tak nikah lagi?"
"Tak jumpa yang berkenan lagi"
"Nak yang macam mana?"
"Yang cantik"

Itulah sebahagian perbualan dengan kenalan yang masih  belum berumahtangga walaupun usia telah berganjak ke senja. Semua orang nak yang cantik.  Orang yang tergolong dalam golongan cantik mudah mendapat perhatian.  Tapi itu sajakah kriterianya?  Kriteria yang utama rasanya!! Tapi cantik rupa paras saja tidak cukup.  Berapa banyak yang cantik itu menjadi racun?  Mengapa ramai yang cantik dan lawa bercerai?  Pernah dengar "isteri macam tu punya cantik pun bercerai!!" tak pun "suami cam tu punya handsome pun cari orang lain!!"  Cakap-cakap yang penuh hairan!! Itulah maknanya cantik luaran tanpa cantik dalaman tidak akan membawa kebahagiaan.  Orang putih kata "don't judge a book by it's cover!".  Mentang-mentag covernya hard cover, penuh warna warni, dengan tulisan yang seni, maka isinya mesti bestnya! Best ke kalau penyampaiannya berbelit-belit, kecil-kecil tulisannya, novel dah macam buku academic!!

Begitulah juga manusia, jangan hanya dipandang kecantikan luaran, ianya tak kekal dan makin tak kekal jika dalamannya buruk.  Fitrah manusia itu bersih dan suci dan sukakan yang bersih dan suci.  Walaupun telah dirosakkan dengan kelemahan dan keburukan manusia sendiri, tapi fitrahnya tetap tidak berubah. Jadi sebab itu pada satu ketika kita akan rasa ingin kembali kepada fitrah kita, cuma ada  yang bertindak dan ada yang tidak bertindak.  Walaupun cantik luaran, tetapi jika dalaman tidak, lama-lama jiwa fitrah kita akan tetap memberontak.  Sebab itu jangan hanya dicari kecantikan luaran, periksa sama kecantikan dalamannya.  Bagi kita yang tidak mempunyai kecantikan luaran, ingatlah manusialah secantik-cantik makluk ciptaan allah.  Jangan dipandang mereka yang cantik luaran, tapi pandanglah mereka yang cantik dalaman.  Adalah sesuatu yang bonus jika cantik luaran dan cantik dalaman.  Selalunya yang cantik luaran dan cantik dalaman tidak mudah untuk diusung kesana kesini, dipegang sana sini, merosakkan orang sana dan sini.  Tidak, itu bukan ciri-ciri mereka yang cantik dalamanya.

Antara ciri-ciri mereka yang cantik dalamannya
 - menjaga aurat
 - menjaga solat
 - menpunyai akhlaq yang mulia
 - menjauhi maksiat
 - tidak mengikut nafsu
 - takutkan allah
 

Banyak lagi ciri-cirinya, tapi cukuplah yang ini.  Orang yang takutkan allah pastinya meyakini akan kewujudan allah dan balasan yang bakal diterima atas setiap tindakannya.  Bagaimana nak ikut perintah allah jika tidak meyakini kewujudan dan balasan allah?

Wahai lelaki, sedarlah tanggungjawabmu terlalu berat, sebab itulah Allah melebihkan lelaki di dalam Quran.  Kelebihan ini bukanlah untuk disalah gunakan.  Bagaimana penyelewangan tidak akan berlaku jika pelakunya sendiri tidak sedar dan meyakini akan betapa besarnya tanggungjawab yang terpikul di bahunya?? Tanggungjawab yang akan disoal satu persatu dihadapan hakim yang tidak dapat dibeli, tidak dapat dibohongi, tidak dapat diputar belitkan, dihadapan hakim  yang Maha Adil!

Wahau perempuan, Allah telah mengangkat darjatmu di dalam Islam, kenapa kau merendah-rendahkan darjatmu disisi manusia? Jangan mudah menerima pujukan syaitan dan nafsu. Fitrah sucimu tidak akan membuatkan dirimu tenang di dalam dosa dan noda!

Mar 16, 2009

KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2009

WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA(JIM)

Perkongsi Keprihatinan Masa Depan ( Sharing the Caring for the
Future): Ke Arah Merealisasikan Pembentukan Masyarakat Madani


Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day – IWD)
disambut pada tanggal 8hb. Mac setiap tahun. Serentak itu juga,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat
tahunan Suruhanjaya Status Wanita ( Commission for the
Status of
Women - CSW) yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara anggota pertubuhan
tersebut. Tahun ini IWD membawa tema `Sharing the Caring for
the Future
– Berkongsi Keprihatinan Masa Depan’ – yang
menekankan tentang keperluan semua pihak berganding bahu
menjamin kesejahteraan masa depan, khususnya untuk generasi
akan datang.

Dalam konteks keprihatinan, kaum wanita sememangnya sudah lama
menyedari tanggungjawab dan amanah besar memastikan masa depan
yang sejahtera, aman damai untuk anak cucu mereka. Kesedaran
ini mendorong kaum wanita berusaha memajukan diri sendiri,
keluarga dan masyarakat. Strategi memperkasa dan menambah
keupayaan wanita meningkatkan kemajuan diri dirancang kemas
secara individu dan kolektif untuk memastikan peranan dapat
dimainkan sebaik-baiknya.

Wanita JIM menyokong penuh tema yang ditetapkan untuk IWD 2009
ini, yang dirasakan amat tepat pada masanya. Dalam krisis
kegawatan ekonomi, politik, sosial, alam sekitar dan
kemanusiaan yang semakin mencengkam dunia hari ini, penekanan
semestinya dikhususkan kepada pelaksanaan tanggungjawab semua
pihak untuk memastikan segala tindakan yang diambil hari ini
tidak mendatangkan sebarang kerugian yang akan ditanggung
oleh generasi akan datang.

Setelah sekian lama kaum wanita berjuang mendapatkan hak
dan pembelaan terhadap nasib yang sekian lama tertindas
dan tersisih, setelah banyak kejayaan dan kemajuan dapat
diraih, semakin ketara perlunya perjuangan tersebut
merangkumi semua pihak dan setiap aspek kehidupan.
Memperjuangkan kepentingan sesuatu pihak sahaja
sementara pihak lain ditinggal dan dibiarkan,
lama-kelamaan menghasilkan satu
jurang perbezaan yang semakin menjauh.

Wanita JIM berpandangan, keprihatinan masa depan mestilah
diketengahkan sebagai agenda utama pembangunan masyarakat.
Sekiranya kita mengimpikan sebuah masyarakat madani, yang
seimbang dan sejahtera berasaskan kemantapan nilai dan
pegangan aqidah yang sahih, tugas berat merealisasikannya
mestilah dipikul oleh semua pihak – lelaki dan wanita.
Aspek utama dalam membangunkan modal insan adalah penguasaan
ilmu pengetahuan dan pendidikan yang mampu mengubah keyakinan,
akhlak, akal, sikap dan psikomotor. Tugas mendidik generasi
akan datang mestilah dijadikan keutamaan yang tiada kompromi,
dipacu oleh kelompok ilmuwan dan cendekiawan yang jujur
ikhlas memanfaatkan anugerah kebijaksanaan dari Allah SWT.

Wanita JIM menuntut semua pihak agar tidak lalai dan alpa
dalam menjalankan amanah mendidik generasi akan datang.
Kaum wanita diseru agar terus meningkatkan potensi
diri di samping tidak mengenepikan tanggungjawab
membimbing anak-anak ke jalan yang diredhai Allah.
Sementara, kaum lelaki diminta kembali meletakkan
keutamaan kepada institusi kekeluargaan yang menuntut
mereka menjadi nakhoda yang adil dan saksama. Bahtera
rumahtangga mestilah dikendalikan bersama dengan
bijaksana, berasaskan ajaran dan bimbingan Al-Quran
dan As-Sunnah, bukan dengan membabi buta, didorong
oleh hawa nafsu dan kejahilan yang hina.

Dalam konteks yang lebih luas, Wanita JIM mendesak
agar pemimpin masyarakat di setiap peringkat – sama
ada di tahap komuniti setempat mahukan pucuk kepimpinan
negara – agar tidak sesekali menggadai prinsip apatah lagi
mengkhianati amanah yang diberikan Allah SWT dalam membuat
keputusan -keputusan penting yang membawa kesan kepada
masa hadapan semua. Janganlah kerana ketamakan nafsu dan
keinginan syahwat bagi meraih keuntungan duniawi yang
sementara, masa depan generasi akan datang dan negara
tergugat, hancur berkecai.

Wanita JIM menyeru umat Islam di Negara in agar kembali
kepada syariah Islam yang menjanjikan kesejahteraan yang
menyeluruh dan berpanjangan. Syariah Islam yang dimaksudkan
bukanlah setakat aspek perundangan semata-mata. Syariah
adalah satu kerangka sistem peraturan di mana aspek-aspek
kehidupan umum dan peribadi disusunatur berasaskan prinsip
Islam. Syariah mempunyai hubungan terus dengan semua aspek
hidup seharian seperti politik, ekonomi, perniagaan,
kekeluargaan, seksualiti dan isu-isu sosial.

Secara khusus,sepanjang tahun 2009 ini, dalam rangka
memastikan perkongsian mengenai keprihatinan masa depan
ini dapat disebarluaskan, Wanita JIM berazam mengutarakan
tujuh isu fokus yang mesti diambil perhatian sewajarnya
oleh semua pihak.

Isu krisis ekonomi global

Hidup yang melebihi dari kemampuan seseorang disuburkan
melalui budaya `kad kredit’ atau berhutang, yang melibatkan
riba’ atau pengambilan faedah oleh syarikat kewangan atau
bank yang sebenarnya menindas dan memerangkaporang ramai.
Wanita JIM mendesak agar semua pihak terutamanya pengguna
menyedari hakikat ini dan kembali kepada hidup yang lebih
sederhana, dalam kemampuan yang sedia ada sebagaimana
yang disarankan oleh Islam. Krisis ini juga mestilah dilihat
sebagai satu muhasabah kepada hidup yang tersasar jauh
dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak


Krisis ekonomi akan mengakibatkan tekanan stress yang tinggi
kepada individu dan keluarga. Sudah menjadi satu kenyataan,
statistik bunuh diri dan keganasan terhadap wanita dan kanak
-kanak akan meningkat apabila berlakunya krisis ekonomi yang
mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Dalam satu
nota yang dikeluarkan oleh Setiausaha Suruhanjaya Pembangunan
Sosial ( Commission of Social Development) , Bangsa-Bangsa
Bersatu pada 20 Januari 2009, bertajuk `The current global crises
and their impact on social development’ mengatakan `There
is evidence that in times of economic hardship, social cohesion
comes under threat, with rising social tensions that can
potentially lead to increases in violence. It is a common
perception that during a crisis and economic downturn, people
fear for their own economic future, resulting in a heightened
of competition for jobs and lower support for affirmative
action policies to close social gaps. There is also a tendency
for violence to increase in general, but especially interpersonal
violence and violence against women linked to economic stresses.
Indeed, recent news reports and data collected by centres for
domestic violence, including in the United Kingdom of Great
Britain and Northern Ireland and the United States of America,
have noted an upsurge in domestic violence in 2008.
Simultaneously, budget cuts to social services and
health providers have made it more difficult for
local domestic programmes to meet the needs of their
communities.

Semua pihak mestilah bersedia menghadapi masalah sosial ini
dan mampu menangani kes-kes ini dengan baik – melibatkan
mangsa penderaan dan sipendera juga perlu bantuan segera.

Isu keadilan dan kesaksamaan dalam sistem perundangan
berkaitan keluarga


Wanita yang menjadi anak, adik atau kakak, isteri dan ibu
sering berhadapan dengan pengabaian tanggungjawab di pihak
lelaki yang menjadi bapa, abang atau suami mereka. Amanah
yang dipikulkan Allah SWT di atas bahu mereka dianggap satu
lambang keistimewaan, kekuasaan dan kemuliaan lelaki berbanding
wanita. Apabila kemelut sampai di mahkamah, nyata masih ada
yang perlu diperbaiki dari sudut implementasi dan pelaksanaan
undang-undang tersebut. Wanita JIM berazam untuk memperjuangkan
isu ini dengan cara, wasilah dan saluran yang benar.

Isu keseimbangan hidup wanita


Pembabitan wanita dalam kerjaya mempengaruhi kuantiti masa
yang sepatutnya digunakan untuk menguruskan keluarganya.
Kemahiran mengimbangi kehidupan keluarga dan kerjaya menjadi
keperluan asas setiap wanita yang memilih untuk bekerjaya.
Usaha gigih mesti dijalankan untuk mendidik wanita bekerjaya
agar mampu mengimbangi kehidupan mereka dengan baik.

Isu wanita tanpa suami

Pandangan serong masyarakat kepada wanita yang tidak hidup
bersama suami mesti diperbetulkan. Sama ada seseorang wanita
yang masih sendiri itu kerana belum bertemu jodoh, membuat
pilihan untuk hidup sendiri, bercerai hidup atau mati dengan
bekas suami, mahupun kerana suami dipenjarakan – mereka masih
mempunyai peranan dan sumbangan yang amat berharga untuk keluarga
dan masyarakat. Impak krisis ekonomi global ini ke atas golongan
ibu tunggal mestilah diambil perhatian serius oleh semua pihak.

Isu pengaruh media kepada komuniti khususnya generasi muda.

Wanita mestilah sedar betapa media mempengaruhi pemikiran manusia.
Dalam era kemajuan ICT hari ini, perkembangan teknologi akan
mencabar keupayaan kita untuk menjejakinya. Perhatian wajar
ditumpukan kepada kualiti pengisian program yang dipromosi untuk
menarik perhatian remaja dan belia.


Isu pemeliharaan jati diri wanita


Semakin bertambah usaha memartabatkan wanita, semakin
juga bertambah aktiviti yang mengeksploitasi wanita di
media massa dan di khalayak umum. Yang ironinya, wanita
sendiri yang nampaknya begitu ghairah memperagakan dan
mempertaruhkan apa yang sepatutnya menjadi penghormatan
dan jati diri mereka sendiri. Antara sebab utama adalah
kerana kejahilan dan kurangnya penguasaan dari sudut ilmu
pengetahuan yang sebenarnya terhadap ajaran Islam. Usaha
mesti digembleng agar kefahaman yang benar dapat disampaikan
kepada kaum wanita khususnya generasi muda.

Isu-isu ini akan diperjelaskan dalam beberapa siri penerangan
dan wacana yang dianjurkan oleh Wanita JIM, disamping penulisan
dan kupasan isu yang menjadi fokus di dalam media massa dan elektronik.
Sila rujuk lampiran A. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan
hidayah-Nya kepada kita semua yang ikhlas berjuang di jalan-Nya.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Sira
Ketua Wanita JIM Pusat

Mar 15, 2009

Ibu yang berpenyakit!

Apabila ada anak-anak yang didera terutama jika yang mendera adalah ibu mereka sendiri.  Pasti tersiat-siat rasa hati yang hampir tidak percaya seorang perempuan bergelar ibu sanggup mendera anaknya sendiri!! Terasa terlalu sukar untuk dipercayai!  Jika dulu-dulu, jika bab dera dan siksa ni pasti dikaitkan dengan ibu tiri, itulah juga yang akan ditakut-takutkan oleh ibu kita "Haa..buatlah ibu macam tu, nanti ibu mati, dapat ibu tiri baru tau!!" Itu dulu-dulu, itulah gambaran seorang ibu tiri! Tapi sekarang yang mendera, ibu kandung.  Macam tak masuk akal!

Tapi dari segi logiknya seorang ibu tak mungkin tanpa apa-apa sebab akan mendera anak-anaknya.  Jika ada yang mendera pasti ada sebab musababnya.  Tapi biasanya yang akan dihukum hanyalah si ibu sedangkan penyebab ibu melakukan begitu tidak diambil peduli.

Ibu yang sanggup untuk mendera anaknya adalah ibu yang berpenyakit, mungkin penyakit, keturunan, mungkin penyakit jiwa, mungkin penyakit yang baru diperolehi apabila bergelar isteri. Jika tidak berpenyakit tak mungkin seorang ibu akan sanggup untuk mendera anaknya.  Lelaki yang bergelar suami banyak juga yang menjadi punca kenapa ibu dijangkiti penyakit!  Suami yang tidak bertanggungjawab, suami yang dayus, suami yang tidak berakhlak, suami2 beginilah yang selalunya menyebabkan para ibu sakit jiwa.  Suami yang hanya tahu berkahwin dan mempunyai anak tapi tidak tahu tanggungjawab yang menjadi hak isteri. Jiwa ibu yang lemah akan lebih memudahkan penyakit ini menyerang.  Bagaimana jiwa dapat dikuatkan?  Kembali kepada Allah dan mengadaulah kepada Allah.  Hanya dia yang mampu memberi kekuatan kepada para ibu.  

Ingatlah wahai para bapa, jika disebabkan kau isterimu menderita hingga membawa kepada penderaan kepada anak-anakmu, jika tidak dapat balasanmu di dunia ini, di akhirat nanti pasti, PASTI, tidak akan terlepas!  Bersabarla wahai para ibu yang menderita, kuatkan keimananmu dan pergantunganmu kepada Allah, hanya DIAlah yang mampu membahagiakanmu, jika tidak di dunia, yakinilah di akhirat nanti pasti bahagia tiba.

Mar 13, 2009

Stress

Sekarang masa berlalu begitu pantas dan tangkas sekali.  Hari ni dah Jumaat!! Terasa macam baru je melalui Jumaat minggu lepas!!  Cepat betul sedangkan macam-macam yang nak di buat setiap hari. Hari-hari kadang-kadang terasa berlalu begitu saja walaupun rasa dah buat macam-macam tapi sebenarnya tak banyak yang tercapai kerana tidak banyak yang dibuat!

2 hari ni anak kecilku ditimpa demam, selsema, batuk dan diarhea.  Semalam dia betul-betul meragam macam sakit tekak pula.  Bila bagi susu, minum sikit, dia mengangis. Mengantuk sangat dah tapi bila letak ditempat tidur, dia menangis.  Bila didukung tidurlah dia.  Last-last aku decide bawa dia turun ke ruang tamu dan tidurkan dia dalam crib cum buaian dia.  Dengan maknyalah tidur di runag tamu!  Tidur jaga, tidur jaga, naik pening aku di buatnya bila bangun pagi.  Tapi sejak ada anak kecil kali ni aku telah berjanji untuk tidak merasa stress dengan dugaan beranak kecil.  Ku cuba dan terus mencuba. Penatkan bila stress ni. Tenaga kita di drain out bile stress ni.

Bila stress badan kita akan merembeskan adrenalin. Adrenalin ni elok jika dalam kuantiti yang sedikit kerena dengan adrenalin nilah kita mampu untuk melawan jika di dalam bahaya.  Tetapi rembesan adrenalin yang berlebihan akan melemahkan badan kita.  Selagi mana tubuh kita berada didalam stree selama itulah adrenalin akan dikeluarkan. Semakin banyak ianya dirembeskan lebih lemah lah badan kita. Sebab itu kalau kita dalam stress kita akan lemah.  Jadi untuk tidak melemahkan badan, kita kena keluar dari stress.  Walaupun aku ada 1001 benda yang boleh buat aku stress tapi aku kena belajar untuk berkata "tidak" pada stress!!

Lakukan sesuatu hanya kerana Allah semata-mata.  Satu cara untuk berkata "tidak" kepada stress.

"Wireless communication"

Dalam kehidupan kita terutamanya sekarang ni, communication devices and networks are very important.  Without communication networks, our hp will be useless.  A lot of things will be useless.Yeah right!! the handphone is design  because we have ways to make use of it.  Bayangkan dunia sekarang tanpa communication system.  Sekarang ni semuanya wireless.  Disebabkan kecanggihan communication inilah dunia yang jauh ni terasa dekat saja.  Jika dulu kalau keluar negara contohnya US, kalau tak phone(yang mahal seminit tu), tulis surat lah (yang berminggu baru dapat!!).  Tapi sekarang, dok kat airport boleh bagitau, kat dalam kapal terbang boleh bagitau, tengah turun kapalterbang di destinasi pun boleh bagitau.  Kiranya setiap saat yang berlaku dalam hidup kita boleh diupdatekan dan diketahui oleh semua orang dalam beberapa saat saja! Begitulah pentingnya communication network dalam hidup kita. 

Selari dengan tu, kita masih ada communication problem or barrier dengan suami atau isteri!!?? Kenapa ya??  Suratkhabar bagi ulasan yang kes perceraian bukan berkurangan tapi meningkat setiap tahun!! Dan pakar motivasi pun akan kata "yang penting kena communicate with each other!"  Dengan segala kecanggihan yang ada kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan orang yang paling hampir dan paling penting dalam hidup kita!!  Mak ayah kita dulu tak perlu pun kursus "keluarga bahagia", bapa2 kita tak pandai pun nak menyatakan perasaannya walaupun dia teramat sayang pada mak kita, tapi mereka kekal juga sebagai suami isteri. Tapi sekarang dengan segala system communication yang ada kita masih ada masalah komunikasi!!

hmmm..... pelik!Mungkin kita mengharapkan "wireless communication" yang tiba2 saja ada dan network kita on.  ie, mengharapkan another half faham tanpa perlu kita keluarkan, wirelesslah katakan "one or more wireless network is detected"..cam tu kot!! ;-)

Begitulah complexnya manusiakan!